Thursday, September 18, 2014

Mat Razi Perlu Sumpah Di Masjid Telah Ceraikan Isteri Kedua

Gambar Hiasan
Lanjutan dari pendedahan blog ini mengenai apa yang dikatakan hubungan sulit calon BN Pangkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail sewaktu masih berkhidmat sebagai guru semalam, dia dilaporkan telah mengaku kepada beberapa pemimpin UMNO Pusat bahawa wanita yang dimaksudkan adalah isteri keduanya yang telah diceraikan.

Pengakuan itu bagaimanapun agak meragukan kerana tidak ada apa-apa dokumen yang boleh mengesahkan bahawa wanita tersebut telah diceraikan Mat Razi seperti mana yang didakwanya.

Dalam dunia serba moden hari ini, dokumen penting bagi mengesahkan kesahihan dakwaan seumpama itu.  Penafian mulut semata-mata, tidak cukup kuat untuk meyakinkan rakyat.

Maka itu Mat Razi Mat Ail hari ini didesak untuk bersumpah di mana-mana masjid dalam Pangkalan Kubor bahawa wanita itu memang isteri keduanya (bukan hubungan sulit) yang telah diceraikan, dengan segera.

Kita turut bersedia menyediakan tempat dan saksi bagi upacara pengakuan bersumpah tersebut kalau alasannya Mat Razi terlalu sibuk dengan urusan kempen dan tidak ada masa untuk upacara tersebut.

Jika tidak, jangan salahkan PAS dan Pakatan Rakyat kalau menggunakan isu ini sebagai bahan kempen kerana moral calon bertanding bagi kawasan pendalaman seperti ini adalah sangat penting dan sering diambil kira.

Bagaimanapun suka nak dijelaskan disini bahawa ini bukan satu serangan peribadi, sebaliknya semata-mata nak mencari kebenaran agar pemimpin yang benar-benar bermoral sahaja dipilih menjadi wakil rakyat untuk DUN Pangkalan Kubor.

1 comment:

Asatalavista Bebeh said...

1) Dah suruh Mustapha Ali bersumpah bahawa dia adalah individu yg dalam video?

2) Dah suruh bersumpah Anwar Ibrahim bahawa dia bukan individu yg dalam video?

3) Dah suruh bersumpah Azmin Ali bahawa dia bukan individu yg dalam video?

4) Dah suruh bersumpah Mat Sabu bahawa dia bukan individu yg dalam rakaman suara telefon?