- Pasar Segar Bunohan Kada merupakan salah satu pasar di dalam kawasan Bunohan serta tumpuan penduduk membeli keperluan harian mereka. - Foto Bernama
TUMPAT - Jika menang dalam PRK Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail berhasrat untuk menaik taraf kemudahan di Pasar Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemudu (Kada), Bunohan.
Menurutnya, berdasarkan hasil tinjauannya, masih terdapat kemudahan yang perlu dibaik pulih untuk keselesaan pembeli dan peniaga.
“Antaranya menggantikan bumbung sedia ada supaya semuanya tertutup dan peniaga tidak terkena hujan dan panas,” katanya selepas melawat pasar berkenaan di sini, semalam.
Mat Razi berkata, penambahbaikan itu bukan sahaja memberi keselesaan, tetapi secara tidak langsung boleh membantu meningkatkan sumber pendapatan peniaga.
Katanya, pasar yang berusia lebih 10 tahun dan mempunyai lebih 100 peniaga itu perlu dijaga dan dipulihara.
“Jika diberi mandat, saya akan berusaha menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan di kawasan ini, memandangkan pasar ini tempat tumpuan masyarakat di sini,” katanya.

No comments:
Post a Comment