Monday, September 8, 2014

PAS Sebuah Parti Tidak Demokratik, Ala-Ala Komunis


Semua polemik politik yang diwujudkan PAS dalam isu perlantikan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru ini sekadar menyerlahkan lagi dasar parti itu yang hampir sama seperti parti komunis.

Bagaimanakah dikatakan PAS ini sebuah parti demokrasi bila mana hala tuju parti tersebut ditentukan oleh kuasa tunggal - Majlis Syura Ulama?  Sementara Jawatankuasa PAS Pusat yang majoriti ahlinya dipilih melalui proses demokratik, dinafikan hak bersuara dan lebih kepada pak turut semata-mata.

Contohnya, dalam kemelut Menteri Besar Selangor sekarang. Banyak cadangan dan pandangan Jawatankuasa PAS Pusat yang cenderung ke arah kepentingan Pakatan Rakyat, dinafikan begitu sahaja oleh Majlis Syura Ulama dan Hadi Awang selaku Presiden PAS.


Sudah 3 mesyuarat dimana Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor dan menolak jawatan itu dari diberikan kepada PAS, kesemuanya ditolak bulat-bulat oleh Majlis Syura Ulama dan Hadi selaku Presiden.

Ironinya, Hadi juga adalah Presiden PAS yang mengetuai Jawatankuasa PAS Pusat.  Dia Pengerusi, dia juga yang tolak keputusan oleh Jawatankuasa yang diketuainya sendiri!!  Bebal ke bodoh manusia nama Hadi Awang ini tak tahulah aku macam mana.

Kononnya dalam isu Menteri Besar Selangor sekarang, itu preogratif Presiden, kononnya perlembagaan PAS dah tetapkan macam itu, ini bodoh namanya.  Preogratif dan perlembagaan macam mana sekalipun pun tidak boleh mengatasi amalan demokratik dan suara ahli peringkat bawahan.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menjadi badan pemantau rasmi setiap parti politik di negara ini perlu melihat kembali sistem pentadbiran dalam PAS dan membuat pengubahsuaian dimana patut kerana tidak sesuai dengan sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia.

Jangan sibuk nak haramkan parti seperti DAP dan PKR tapi menutup mata pada PAS.

Kalau tidak diambil tindakan, kita bimbang akan wujud lebih banyak parti politik seumpama ini yang bertopengkan amalan demokrasi, tapi sebetulnya mengikut sistem yang mirip dengan sistem komunis!!

1 comment:

Anti PR said...

Manusia penjilat kote & jubo memang memburukkan org lain bila kena batang hidungnya sendiri. DAP & PKR pun keluarga yg punya. Sama juga macam kominis. Sama sajalah bro...