Monday, September 8, 2014

Sumbang Atau Mambang, PAS Tak Layak Persoal Langkah Kajang


PAS mula bersikap biadap bila mempersoalkan Langkah Kajang yang disifatkan beberapa pemimpinnya sebagai Langkah Sumbang yang menjadi punca kepada kemelut Menteri Besar Selangor sekarang.

Tanpa disedari PAS, mempersoalkan Langkah Kajang, samalah seperti mempersoalkan kenapa Mursyidul Am PAS mesti Nik Aziz, apa takdak orang lain ke?

Sensitif?  Marah?  Merah telinga?  Atau persoalannya, siapa kau nak persoal jawatan Nik Aziz?  Begitulah juga bila Langkah Kajang dipersoalkan, siapa PAS pula nak persoalkan rancangan tersebut?

Langkah Kajang adalah rancangan rasmi PKR.  PAS suka atau tak suka, itu bukan isu kerana dasar Pakatan Rakyat tidak membenarkan mana-mana parti komponen masuk campur dalam urusan parti komponen yang lain.  Dah tetap macam itu.

Sebagai parti yang memerintah Selangor, PKR ada hak untuk melaksanakan apa-apa langkah yang difikirkan sesuai dengan doktrin dan hala tuju politik parti tersebut.  PAS sebagai pengikut dan memperolehi segala macam manfaat dari perkongsian kuasa di Selangor, harus menurut.

PKR dan Pakatan Rakyat rasa aku tidak mintak lebih dari itu.
Justeru, hentikanlah semua kenyataan yang mempersoalkan Langkah Kajang ini.  Langkah Kajang bukan punca polemik Menteri Besar Selangor, tapi PAS.  Kalau PAS bersetuju dengan DAP, PKR dengan mencalonkan nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor, semua kekecohan sekarang tidak akan berlaku.

Masalahnya ialah bila tamak dah menguasai diri.  Nak sangat berkuasa dan jadi Menteri Besar dengan cara senang.  Itulah punca kenapa kemelut Menteri Besar berlaku di Selangor, bukan sebab Langkah Kajang sumbang.

Kalau sumbang sekalipun, apa orang PAS peduli, bukan masalah parti lu!!

3 comments:

Anonymous said...

Satu je aku nak kata...PADAN MUKA KORANG....gila kuasa sangat..inilah jadinya...

Anonymous said...

Dalam demokrasi yg diagong-agongkan oleh pakatan anda sepatutnya PAS lebih berhak sebab mempunyai lebih kerusi dan seharusnya PAS mempunyai suara untuk menentukan siapa yang dia lantik sebagai menteri besar. Memandangkan pakatan rakyat tidak didaftarkan sebagaimana BN bermakna kerusi yang dimenangi adalah dikira berasingan dan disini PAS menpunyai lebih kerusi dibandingkan dengan PKR maka sebenarnya PAS lebih berhak untuk jawatan itu. Perlantikan TSKI adalah atas ehsan Pas. PKR cerita lebih ni apa hal?

Anonymous said...

Kau ni memang baghal sbab tu Pas hilang terengganu dan kedah psl bodoh nak mampus x tahu permainan umnok