Monday, September 15, 2014

Pemuda Pas kesal penyebaran mesej palsu


  • SMS yang didakwa dihantar bagi mengeruhkan hubungan Pas dengan rakan komponen PR.SMS yang didakwa dihantar bagi mengeruhkan hubungan Pas dengan rakan komponen PR.
 1 / 1 
PENGKALAN KUBOR - Pemuda Pas kesal dengan tindakan pihak menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu bertujuan mengeruhkan hubungan antara Pas dan parti komponen dalam PR.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzah berkata, mesej yang dihantar secara rawak itu juga bertujuan merencatkan pergerakan jentera pilihan raya parti itu.

Beliau mendakwa SMS itu merupakan usaha BN melaga-lagakan kesepakatan dalam PR bagi menghadapi PRK kali ini.


“Jika benar SMS ini daripada pihak lawan, kami mengharapkan mereka dapat menghadapi kami secara adil.

“Bukannya melalui politik fitnah, sabotaj dan khianat sebegini,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor, semalam.

Kandungan SMS itu menyebut Pas bukan kawan sejati dalam perjuangan politik PR kerana mengambil kerusi tradisi milik PKR.

Menurut Mohd Sany, SMS itu dihantar melalui nombor seorang penghulu di Pengkalan Kubor.

Penghulu itu ketika dihubungi menafikan pernah menghantar mesej demikian.

“Nombor beliau telah digodam dan saya berharap dengan laporan polis ini dapat membersihkan nama beliau,” katanya.

No comments: