Thursday, September 11, 2014

Pengkalan Kubor: Calon BN Berjubah Berserban Tapi Jarang Sembahyang, Benarkah?


Majoriti penyokong PAS di DUN Pengkalan Kubor gembira dengan pencalonan Mat Razi Mat Ail sebagai calon BN kerana mereka sangat arif dengan kelemahannya - peribadi yang tidak setanding dengan perwatakan.

Kalau ikut pakaian, dengan jubah dan serban, sudah tentu ramai akan tertipu menyangkakan Mat Razi ini seorang yang alim dan warak, sedangkan menurut orang tempatan yang tahu latar belakang calon BN ini, penampilannya jauh dari hakikatnya yang sebenar.

Dikatakan bahawa dia ini sebenarnya bukanlah alim mana pun.  Dia terpaksa berperwatakkan begitu kerana mahu menambat hati orang kampung sesuai dengan kedudukannya dalam politik UMNO sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian Tumpat.


Walaupun diakui dia ada mewakafkan tanahnya sendiri untuk membina sekolah pondok bagi budak-budak belajar agama, tapi itu sahaja belum cukup nak mengatakan Mat Razi ini seorang yang baik dan pemurah.


Apalah gunanya semua itu bila ada sumber yang tidak boleh disahkan menyebut, dia ni sembahyang pun jarang sekali!!  Sekolah pondok yang dia bina itupun kelihatannya sangat daif sekali dan mungkin kurang serba serbi peralatan asas.

Bukan setakat itu, ada maklumat lain mengatakan, tiap-tiap bulan, adalah wajib baginya untuk menyeberang sempadan entah untuk tujuan apa.  

Kebetulan DUN Pengkalan Kubor terletak bersebelahan betul dengan negara jiran, Thailand yang terkenal dengan pusat-pusat hiburan dan aktiviti pelacuran.

Begitupun perlu dijelaskan disini, aku tidak mengatakan Mat Razi ini terlibat dengan semua kegiatan tersebut, mahupun yakin dan pasti dia ni tak sembahyang seperti mana yang disampaikan sumber di atas itu tadi.

Tapi setahu aku orang Islam memang diajar supaya was-was.  Makan umpamanya, mesti disahkan dulu betul-betul halal, kalau was-was (walaupun sedikit), maka boleh jadi haram.

Nak memilih pemimpin pun begitu.  Tak boleh ada was-was sedikit pun atau orang berkenaan tidak layak untuk menjadi wakil rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

Agak2 la ooi... api neraka tu panas tak tertanggung nanti. Buat dosa sesama umat taubat pun Allah tak terima

Anonymous said...

Adakah tuan punya blog ini sudah mendapat pengesahan berita yg di siarkan ini. Jika tiada bukti dan pengesahan mengapa menyiarkan berita ini. itu FITNAH BESAR namanya. Bertaubatlah dah minta maaflah dgn orang yg dituduh jika tn blog mahu dosa diampunkan. BERITA YG TIDAK SAHIH DAN BELUM DISAHKAN BETUL JGN DISIARKAN

Unknown said...

kau tak nampak ke yang artikel ni berbentuk soalan?