Menurut sumber risikan Pakatan Rakyat, calon PAS yang kurang berpelajaran tinggi ini hanya ada satu peluang saja untuk menawan Pengkalan Kubor dari UMNO iaitu dengan menambat hati masyarakat Siam yang membentuk lebih kurang 6% pengundi disini.
Pengundi Melayu dah tak boleh diharapkan lagi kerana pergolakan Pakatan Rakyat di Selangor yang dicetuskan PAS telah menyebabkan sebahagian kecil pengundi Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13, telah tawar hati dengan parti itu.
Sedikit pengundi cina yang ada pun sama juga, sudah tawar hati dengan PAS, maka itulah sokongan perlu ditagih dari kalangan pengundi Siam.
Banyak cara boleh dilakukan, yang paling utama sekali, calon PAS dalam manifestonya nanti perlu berjanji untuk menambahkan lagi peruntukkan kepada semua rumah berhala di kawasan ini yang majoriti darinya berada dalam keadaan uzur.
Perkara ini sudah lama dibangkitkan oleh masyarakat Siam disini tapi tidak mendapat perhatian kerajaan negeri, entah dimana silapnya.
Nak kata kerajaan negeri Kelantan mendiskriminasi agama Buddha, tak pula kerana rumah berhala yang sama di Bachok mendapat peruntukan besar dari kerajaan negeri setiap tahun sehingga mampu membina patung Buddha berdiri antara terbesar di dunia!!
Sudah tentu bukan sumbangan kerajaan negeri semata-mata, adalah sumbangan dari pihak-pihak lain tapi peruntukan yang besar oleh kerajaan negeri tadi telah membantu dengan banyaknya untuk menampung operasi rumah Berhala di Bachok.
Sudah tentu bukan sumbangan kerajaan negeri semata-mata, adalah sumbangan dari pihak-pihak lain tapi peruntukan yang besar oleh kerajaan negeri tadi telah membantu dengan banyaknya untuk menampung operasi rumah Berhala di Bachok.
No comments:
Post a Comment