Tuesday, September 2, 2014

PKR rangka surat jawapan kepada Sultan Selangor

Saifuddin Nasution
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismial berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah merangka surat jawapan kepada Sultan Selangor berhubung titah supaya lebih banyak nama dikemukakan bagi mengisi jawatan Menteri Besar.

“Tiada penjelasan yang akan diberikan dalam surat berhubung keputusan PKR yang berkeras untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik ke jawatan itu.

PKR akan memberikan fakta mengapa nama Wan Azizah sahaja yang dipilih.
“Tuanku meminta nama-nama calon dan bukannya penjelasan.
“Bagaimanapun kita tetap akan menyatakan beberapa fakta dalam surat itu berkaitan isu ini,” kata Saifuddin yang merangka surat itu sendiri.
Sultan Sharafuddin, dalam surat yang dikeluarkan oleh setiausaha sulitnya pada 26 Ogos lalu mengarahkan PAS, PKR dan DAP untuk menghantar lebih daripada dua untuk jawatan tersebut selewat-lewatnya pada Rabu ini.

No comments: