Thursday, September 4, 2014

PRK Pengkalan Kubor: Apa Tujuan PAS Lantik Nik Amar Sebagai Pengarah Pilihanraya?


Tindak tanduk PAS semakin membimbangkan sekarang ini.  

Sudahlah tadi PAS dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai menghantar nama 3 Exco mereka untuk pertimbangan Istana bagi jawatan Menteri Besar, baru sahaja ini difahamkan, parti itu telah melantik Datuk Nik Amar sebagai Pengarah Pilihanraya untuk PKR Pengkalan Kubor.

Nik Amar adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (dilantik).

Kita bimbang sebab, biasanya hanya parti bertanding sahaja yang akan melantik Pengarah Pilihanraya dan Pengkalan Kubor dari segi sejarah dan kewajarannya, adalah kerusi yang sepatutnya menjadi milik PKR, bukan PAS.

Mengapa pulak Nik Amar yang dilantik bila jawatan itu sepatutnya diisi oleh pemimpin dari PKR?

Ini satu perkembangan menarik dan dalam masa yang sama, boleh ditafsirkan sebagai permulaan kepada penyingkiran PAS dari Pakatan Rakyat.

Tindakan menyerahkan nama ADUN sendiri kepada Istana Selangor itu sendiri sudah satu kesalahan yang dikirakan cukup kuat untuk menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat, tambah dengan keputusan menamakan orang sendiri sebagai Pengarah Pilihanraya bagi PRK DUN Pengkalan Kubor, sekadar mengukuhkan saja lagi hakikat yang PAS memang pengkhianat.

1 comment:

Anonymous said...

Krisis Selangor boleh menyebabkan PKR boleh kalah. Baik letak PAS yg jentera kerjanya baik!