Thursday, September 4, 2014

TERKEJUT!! The Star Kata Hadi Hantar Nama Exco PAS Untuk Jawatan MB Selangor!!


Akhbar The Star sebentar tadi menyiarkan berita yang sungguh-sungguh mengejutkan yang PAS, melalui Presidennya, Hadi Awang menyertakan 3 nama Exco Selangor dari parti itu untuk pertimbangan Istana bagi jawatan Menteri Besar Selangor - TANPA SATU PUN NAMA ADUN DARI PKR TERMASUK DATUK SERI WAN AZIZAH ISMAIL.

Mereka ialah ADUN Sijangkang, Dr. Haire Yunus, ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi.

Pencalonan ini, kalau diterima Istana Selangor, akan membantutkan semua perancangan Pakatan Rakyat untuk menggunakan sepenuhnya rizab Selangor bernilai lebih RM 3 billion bagi kepentingan parti dan negeri Selangor melalui Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar.

Kepentingan parti dalam erti kata pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di Selangor hasil dari penggunaan rizab berkenaan, akan memberi imej yang baik kepada parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Tindakan Hadi Awang ini jelas satu bentuk pengkhianatan yang terbesar sekali pernah dilakukan PAS disebalik dakwaan parti itu taat dan setia kepada Pakatan Rakyat.  Bukan sahaja kerana mencalonkan nama ADUN mereka sendiri bahkan mengenepikan sama sekali nama ADUN-ADUN PKR.

3 ADUN berkenaan tidak mempunyai kebolehan mahupun pengalaman untuk menguruskan rizab berkenaan dengan baik, hanya Wan Azizah sahaja yang boleh kerana suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas Menteri Kewangan kerajaan Malaysia.

Jika berita ini benar (dan ia sudah hampir 80% benar), maka hanya tinggal satu cara sahaja lagi untuk menghalang perkara ini dari berlaku - menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat seterusnya PAS tidak ada hak untuk menghantar calon Menteri Besar dari parti itu kerana tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat harus bermesyuarat cepat untuk membuat keputusan dalam hal ini sebelum Istana Selangor membuat keputusan.  Cara Hadi ini tidak boleh diterima sama sekali dan PAS harus diketepikan buat sementara waktu sehingga Hadi digantikan.

No comments: