Tuesday, September 9, 2014

“Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi Hadi”

WanAzizah
PETALING JAYA : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melalui kenyataan kepada media menyatakan, “sedikit terguris” terhadap serangan peribadi yang diterima beliau dari Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan beliau (dalam hal kemampuan menjawat jawatan Menteri Besar).

“Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri Insyaallah,” katanya.

Beliau juga menasihati semua pihak supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan balas berhubung kenyataan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu.
“Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan rakyat,” katanya lagi.
Wan Azizah juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada beliau sejak tahun 1999 lagi. “Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga.”
“Saya mendoakan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan,” akhirinya.

No comments: