Wednesday, September 10, 2014

UiTM Ternak Macai UMNO?


UMNO Bahagian Shah Alam telah mengadakan Mesyuarat Tahunan di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara Shah Alam Selangor.

Apa yang menarik disini ialah, sebuah institusi yang begitu mencela pelajarnya terlibat dengan politik telah membenarkan parti pemerintah untuk menjalankan mesyuarat di dalam salah satu dewannya.

Dewan keramat yang sebelum ini dijadikan tempat konvokesyen telah dicemari dengan politik busuk UMNO yang sentiasa mencari peluang untuk mempergunakan Mahasiswa untuk kepentingan mereka.

Apakah ini strategi UMNO untuk menarik minat anak-anak Melayu supaya meneruskan sokongan terhadap mereka walhal mereka hanya mementingkan diri sendiri?

Apa natijahnya UMNO menjalankan mesyuarat di dalam sebuah institusi pendidikan tinggi? Mengapa perkara ini dipersetujui oleh pihak pengurusan UiTM?

Diharap UiTM sekiranya tidak mahu melibatkan diri dengan politik tidak perlu memilih bulu kerana ianya akan menampakkan agenda politik UiTM.


Sebagai institusi pendidikan tinggi yang mahu dikenali sebagai World Class Universiti, sebarang ikatan dengan parti rasis UMNO perlu diputuskan secara langsung.

Ini adalah penting untuk membersihkan sistem pendidikan negara daripada menjadi kuda tunganggan atau macai mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mempergunakan universiti dan mana-mana institusi pendidikan tinggi untuk kehendak mereka.

Bukan kah UMNO Bahagian Shah Alam mempunyai bangunan mereka sendiri? Mengapa mereka tidak menggunakannya tahun-tahun yang sudah?

No comments: