Wednesday, September 10, 2014

PRK Pengkalan Kubor: Calon BN Kakitangan Awam Bukti Mereka Macai UMNO?


BN sebentar tadi mengumumkan seorang bekas guru yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Pendidikan Tumpat, Mat Razi B Mat Ail sebagai calon parti itu bagi PRK Pengkalan Kubor yang akan berlangsung pada 25 September ini.

Seterusnya membangkitkan persoalan adakah semua kakitangan awam di negara ini adalah tempat UMNO melatih calon-calon pilihanraya mereka atau dalam bahasa mudah faham, menjadi macai UMNO?

Persoalan ini penting untuk dijawab kerana bukan pertama kali seorang penjawat awam diangkat menjadi calon pilihanraya, malah kalau tak salah aku sudah beberapa kali kejadian yang sama berlaku.

Apatah lagi Mat Razi ini datang dari sektor pendidikan, sektor yang sepatutnya menjadi lubok penyokong Pakatan Rakyat dalam perkhidmatan awam.

Jika benar, maka Pakatan Rakyat harus melakukan sesuatu untuk mengembalikan semula sokongan golongan ini kepada kita yang entah acam mana telah diambil alih oleh UMNO/BN.

No comments: