Thursday, September 11, 2014

Wanita PR gesa penyelesaian harmoni dan terhormat


KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat mahu semua pimpinan utama PAS PKR dan DAP segera duduk semeja bagi menyelesaikan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mereka yang bersidang semalam menggesa pimpinan utama ketiga-tiga parti menyelesaikan isu ini secara terbaik, harmoni dan terhormat.

"Memahami betapa semangat setiakawan dalam kerjsama politik perti-parti pakatan rakyat ini adalah satu kerjasama yang terbaik sebagai satu manifestasi politik baru bagi menghadapi Umno BN. 

"Justeru kerjasama ini perlu dipertahan dengan semangat saling menghormati dan melengkapi antara satu sama lain," kata mereka dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat mereka semalam.

Kenyataan tersebut ditandatangan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Siti Zailah Mohd Yusoff  Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita DAP Kebangsaan Chong Eng.

Mereka juga mahu kesemua parti saling menghormati perinsip yang dipersetujui bersama bagi memastikan kelangsungan kesepakatan Pakatan Rakyat sesuai dengan slogan Pakatan Harapan Rakyat.

- HARAKAHDAILY 11/9/2014

No comments: