Wednesday, September 17, 2014

UMNO Adalah Musuh PAS Selamanya - Mat Sabu



Kenyataan Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) dalam Muktamar Pemuda PAS semalam yang mahu 'menampar' tangan UMNO sekiranya mereka menghulurkan salam untuk bekerjasama dengan PAS, benar-benar melegakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Dalam erti kata lain Mat Sabu mengesahkan bahawa UMNO masih lagi musuh utama PAS, tak mungkin berlaku penyatuan semua sebab ada ura-ura parti itu sedang bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan separa bebas di Selangor.  Sudah terlambat kata orang.

Sayang kerana ucapan itu tidak dapat diikuti oleh sebahagian besar perwakilan pemuda parti itu yang keluar meninggalkan dewan bila Mat Sabu memulakan ucapannya sebagai bantahan terhadap sikap beliau yang terlalu condong ke arah Datuk Seri Anwar Ibahim.



Kenyataan Mat Sabu ini sekurang-kurangnya dapat melegakan penyokong Pakatan Rakyat yang digemparkan dengan pengakuan Pengarah Jentera Operasi PAS untuk PRK Pangkalan Kubor kelmarin yang menyifatkan UMNO dan PAS seperti anak beranak kerana PAS turut berasal dari UMNO!!

Artikel berkenaan boleh dirujuk disini.

Bagaimanapun, kenyataan Mat Sabu seorang sahaja tidak cukup, pemimpin tinggi PAS yang lain perlu tampil dengan kenyataan serupa.  Hanya dengan cara itu sajalah keyakinan Pakatan Rakyat terhadap kesetiaan PAS dapat dikembalikan semula.


1 comment:

Monkey Shooter said...

Komen MSO berikutan keluar dewan segelintir Pemuda PAS yang memakai ves Sokong Presideng dan MSU...."Apa yang berlaku itu tidak berlaku dalam parti lain. Sesamseng pemuda Umno yang mengocak pagar, angkat sepanduk, tungging punggung, buat simbol sex dan sebagainya, tetapi mereka tidak pernah bertindak keluar dewan semasa Timbalan Presiden Umno berucap merasmikan persidangan. Apabila ia berlaku kepada Dewan Pemuda pati agama, ia adalah sangat dikesalkan. Betullah pendapat seorang mengatakan kalau orang agama menjadi jahat, ia lebih huduh rupanya daripada kejahatan dilakukan oleh si jahil. Dalam hal ini pemuda Umno lebih beradab daripada segelintir "ansrollah" itu". Nampak dah kematunya jubur-jubur beruk dalam PAS, sampai siap pakai ves yang ditempah khas (mungkin sponsor dari Trengganu atau Tantawi Vellfire kot?)