Pernah satu ketika tak berapa lama dulu, isu Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menunaikan haji di Mekah ini, menjadi isu yang hangat diperbualkan orang. Tidak terkecuali perbandingan turut dibuat dengan Najib dan Rosmah yang mengerjakan ibadah haji pada tahun 2011.
Tapi tak ramai tahu bahawa Anwar sebenarnya seorang yang bijak. Dari menghabiskan begitu banyak masa untuk membuat kerja haji yang sebenar, Anwar hanya perlu 2 hari sahaja untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan yang mana pahalanya sama seperti mengerjakan haji yang sebenar juga.
Untuk yang tidak tahu, aku nak maklum disini bahawa Anwar baru sahaja pulang dari Mekah menghadiri persidangan negara-negara Islam bagi membincangkan isu berkaitan Mesir dan Syria kelmarin dan kesempatan itulah yang digunakan beliau untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan puasa.
Bijak tak? Bijaklah.
Malah dari pembacaan dan pandangan beberapa ulama terkenal Islam, kepulangan Anwar dari menunaikan umrah di Mekah ini, ibarat seperti menyucikan beliau sepenuhnya dari segala dosa-dosa lalu, ibarat macam bayi baru lahirlah, tidak ada dosa.
Walaupun hanya ibadah umrah, tapi kerana ia dilakukan dalam bulan yang mulia ini maka pahala dan kelebihannya berbeza dengan ibadah-ibadah umrah yang tidak dibuat pada bulan Ramadhan,
Harapannya, lebih mudahlah perjuangan politik Anwar selepas ini. Tidaklah hendaknya ada lagi sebarangan halangan yang boleh menyekat beliau dari akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia ini - hak yang telah dinafikan sejak dari tahun 1998 lagi.
Sebelum terlupa, peranan Anwar dalam persidangan tersebut juga sebenarnya penting untuk di highlightkan sebab pelik juga kenapa penganjur persidangan menjemput Anwar, bukan Najib selaku wakil Malaysia untuk hadir ke persidangan yang membincangkan isu penting untuk umat Islam di dunia.
Soal itu aku akan perincikan dalam jangka masa terdekat sebab maklumat mengenainya pun tidak banyak untuk dijadikan bahan penulisan.
Anwar pun tidak dapat dihubungi untuk kita mendapatkan maklumat lanjut mengenai persidangan tersebut kerana turun sahaja kapal terbang, beliau terus ke Kuala Besut untuk membantu kempen di sana.
Hebat tak hebat pemimpin kita yang satu ni. Nak tanya orang UMNO/BN, Najib ada? Bayang pun tak nampak.
No comments:
Post a Comment