Rupanya, isu penahanan tidak adil yang dikenakan ke atas pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee ini tidak habis setakat mereka berdua di sumbat ke dalam penjara Kajang dan Sungai Buluh sahaja, malah menjadi perbahasan politik yang agak hebat, termasuk di Kuala Besut ini pun.
Semuanya setelah perkara ini disentuh oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Kg Penaga malam tadi.
Menurut Anwar, kenapa hanya mereka berdua sahaja yang disumbat ke dalam penjara kerana menghina Islam, apa khabar dengan Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin yang turut dikesan menghina agama lain? Adalah kesalahan berlaku kalau agama Islam sahaja dihina dan kalau agama lain tidak?
Ibrahim Ali bersalah kerana mengugut untuk membakal kitab Bible berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah di dalamnya manakala Zul Nordin kerana menghina agama hindu, 10 tahun yang dulu.
Itu persoalan yang disentuh Anwar semalam untuk kerajaan menjawab.
Bila Anwar dah sentuh, maka aku melihat isu ini bukan lagi isu kecil, ini isu besar yang perlu diberi perhatian berat oleh semua penyokong Pakatan Rakyat yang benar-benar cintakan keadilan.
Ya, aku rasa semua pun nampak yang pasangan itu memang menghina bulan Ramadhan dengan gambar mengajak umat Islam berbuka puasa dengan daging babi - itu tidak ada persoalan, tapi jangan lupa, mereka telah pun dikenakan tindakan, malah dinafikan jaminan dan sedang di tahan di penjara.
Sedangkan 2 tokoh pro UMNO yang aku sebutkan namanya di atas itu, tidak langsung disentuh, apatah lagi nak dihumban ke dalam penjara seperti mana pasangan Alvivi. Sehingga semua orang keliru, adakah undang-undang negara ini mengamalkan pendakwaan terpilih?
Maka itu, bermula dari hari ini, perjuangan mempertahankan keadilan pasangan Alvivi ini perlulah menjadi satu jihad kepada semua penyokong Pakatan Rakyat. Kalau mereka tidak perlu dipenjarakan, maka keluarkan mereka dari situ sementara menanti hari perbicaraan.
Ini bukan kita mempertahankan kesalahan yang mereka buat, tapi keadilan yang diberi kepada pasangan ini, berbanding Ibrahim Ali dan Zul Nordin.
No comments:
Post a Comment