UMNO/BN dikhabar akan mula membayar kelompok pengundi tertentu dalam pilihanraya kecil Kuala Besut sebanyak RM 300 seorang bermula esok sehingga selepas hari pengundian.
Modus operandinya, bagi pengundi penyokong UMNO/BN tegar, bayaran akan dibuat seawal esok. Manakala bagi pengundi yang agak diragukan kesetiaannya, mereka akan menunjukkan isyarat tertentu kepada wakil calon di dalam tempat mengundi dan wakil calon berkenaan akan meletakkan satu tanda pada senarai nama yang ada padanya.
Kalau selepas keputusan keluar dan memang UMNO/BN menang melebihi jangkaan di peti undi berkenaan, barulah bayaran RM300 ini akan dibuat.
Sebagai langkah tindak balas, PAS juga akan turut membayar pengundi DUN Kuala Besut dengan nilai RM 500 - RM 200 lebih tinggi dari nilai yang dibayar oleh calon UMNO/BN. Ingat, calon PAS adalah seorang kontraktor yang kaya dan berjaya, tidak ada masalah langsung padanya dari segi kewangan untuk membayar para pengundi ini.
Syaratnya, setiap pengundi yang mahukan wang ini, mereka perlulah mengambil gambar kertas undi yang menunjukkan mereka memangkah PAS dan kemudian menyerahkan gambar tersebut kepada wakil yang telah dilantik untuk tujuan pengagihan wang tersebut.
Urusan berkaitan dengan pembahagian wang ini telah pun dimulakan untuk pengundi di Kg Beris Lampu dan beberapa pusat daerah mengundi lain yang aku tidak dimaklumkan lokasinya - mungkin atas strategi tertentu agaknya.
Sememangnya inilah yang patut dilakukan untuk memastikan kemenangan PAS dalam keadaan genting seperti sekarang.
Kalau nak harap pada polisi dan dasar Pakatan Rakyat semata-mata, jawabnya sia-sia sajalah 2 minggu berkempen disini sebab semua polisi berkenaan seperti penurunan harga minyak, PTPTN dan sebagainya hanya terpakai kalau Pakatan Rakyat mempunyai kuasa di peringkat persekutuan.
Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi pun tidak begitu mendapat sokongan rakyat tempatan dengan jumlah kehadiran hanya sekitar 500-700 orang sahaja.
Soal moral dan etika dalam hal membayar pengundi ini perlulah diketepikan. Alasannya mudah saja, sementara kita sibuk bercakap tentang moral dan etika, UMNO/BN melakukannya secara berleluasa sehingga Pakatan Rakyat hilang kelebihan.
Nak dibuktikan di mahkamah pun bukan senang sebab melibatkan terlalu banyak prosedur rumit dalam soal pembuktian, jadi lebih baik kita bayar sahaja, apatah lagi calon PAS di Kuala Besut inipun orang kaya, banyak duit, apa ada masalah?
No comments:
Post a Comment