Persiapan menyambut ceramah yang bakal diadakan pemimpin utama Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang rancak diadakan bersama jentera PKR yang di datangkan khas dari Kuala Lumpur dan Selangor.
Lebih 10 buah bas telah disediakan untuk membawa rakyat melihat sendiri ceramah Anwar di markas besar PAS Pohon Petai, Kampung Penaga bersama-sama Naib Presiden PAS, Salehudin Ayub dan Datuk Nik Amar (Timbalan Menteri Besar Kelantan)
Sementara esok, Anwar dijadualkan memberi ceramah di PDM (Pusat Daerah Mengundi) Tok Sabuk, juga bersama dengan Nik Amar. Mengikut keputusan dalam PRU13 yang lepas, Tok Sabuk ini adalah kubu kuat UMNO selain Kg Nail.
Kehadiran Anwar diharap boleh mengubah keputusan tersebut.
Persiapan yang begini rapi menunjukkan Anwar jauh lebih berharga dari mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat yang telah menyampaikan ceramah masing-masing dalam kempen pilihanraya kecil setakat ini, termasuk Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abd Hadi Awang.
Hadi semasa bagi ceramah pun tidak ada persiapan yang begitu rapi, maklum sahajalah dia orang Terengganu tulen, berbanding penduduk Kuala Besut yang rata-rata mempunyai asal usul keturunan dan bahasa yang rapat dengan Kelantan.
Cakap ganung di tempat orang kece Kelate, siapa nak dengar? Betul kerja sia-sia.
Sementara Anwar punya imej yang tersohor di seluruh negara. Dia cakap kece apa sekalipun, tetap orang terpegun mendengarnya. Aku dah tengok banyak kali benda itu jadi depan mata, yang mulut masuk lalat pun ada dek melopong dengar Anwar ceramah, serius.
Besar harapan aku dan ramai penyokong Pakatan Rakyat disini untuk lihat persiapan yang begini rapi untuk Anwar berceramah boleh bantu tingkatkan harapan calon PAS di kawasan ini. Apa masalah dengan calon itu, perkara kedua, yang penting, kalau PAS menang, Pakatan Rakyat juga ikut menang.
Ini penting untuk meneruskan momentum menjelang PRU14 yang akan datang sebab aku tahu jentera Pakatan Rakyat ramai yang hilang semangat, kecewa setelah PRU13 yang lepas masih memihak kepada BN, disebalik kerja kuat masing-masing untuk memenangkan Pakatan Rakyat.
Dalam masa yang sama, boleh kikis persepsi negatif yang disebarkan blogger-blogger UMNO, kononnya Anwar dan Pakatan Rakyat tidak relevan dalam kempen pilihanraya yang sedang berlangsung sekarang di Kuala Besut yang hampir 100% dihuni orang Melayu.
Ini pun penting juga sebab kita nak buktikan Pakatan Rakyat turut diterima di kawasan majoriti besar Melayu seperti di Kuala Besut, bukan setakat di kawasan yang lebih seimbang dari segi komposisi kaum macam di bandar.
No comments:
Post a Comment