Entah dimana silapnya, DAP membuat keputusan untuk tunduk kepada arahan Pendaftar Pertubuhan agar parti tersebut mengadakan semula pemilihannya.
Alasan DAP bahawa parti tersebut akur dengan arahan RoS kerana tidak mahu salah guna kuasa agensi kerajaan tersebut berterusan, adalah alasan paling bodoh yang aku pernah dengar. Salahguna kuasa apa yang dimaksudkan?
Bukankah setahu aku DAP telah bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk diharamkan oleh RoS? Itu akibat yang paling tinggi boleh berlaku kepada mana-mana pertubuhan berdaftar di Malaysia yang engkar kepada arahan RoS.
Jadi, salahguna kuasa bagaimana yang boleh bawa kesan seteruk apa lagi yang dimaksudkan DAP?
Sebelum ini aku difahamkan DAP tidak akan sekali-kali tunduk kepada arahan RoS, malah sanggup membawa perkara ini ke Mahkamah untuk mendapat keadilan. Ini bukan suatu yang mengejutkan kerana DAP adalah parti yang penuh dengan peguam yang handal-handal.
Bercakap tentang Karpal Singh dan anak-anaknya sahaja sudah boleh menggegarkan kepala lutut mana-mana pendakwaraya dalam negara ini.
Dengan semua itu, tidak hairanlah kenapa ramai yang pelik kenapa keputusan boleh berubah secara tiba-riba, apa sebenarnya yang berlaku?
Kalau DAP belum tahu, impak dari keputusan ini terlalu besar untuk dibiarkan begitu sahaja.
Tunduk kepada arahan RoS bermaksud DAP adalah sebuah parti yang lemah. Tunduk kepada arahan RoS juga bermaksud segala tuduhan mengenai penipuan dan manipulasi undi dalam pemilihan CEC yang lepas adalah benar.
Dan kita sedang bercakap tentang DAP, parti yang sekarang berada di puncak, mengatasi mana-mana parti politik di Malaysia dalam soal intergriti dan kredebiliti.
Siapa mahu percaya DAP sekarang bila secara tidak langsung mengakui bahawa parti tersebut menipu dalam pemilihan CECnya sendiri? Bagaimana DAP nak mempersoalkan kredebiliti Suruhanjaya Pilihanraya bila pemilihan CECnya sendiri pun penuh dengan penipuan?
Oleh yang demikian, DAP perlu bersidang dan memikirkan semula keputusan untuk akur kepada arahan RoS dan mengadakan pemilihan semula CEC.
Bukan hanya aku seorang, tapi lebih ramai di luar sana yang mahu melihat DAP meneruskan hasrat untuk membawa pertikaian ini ke Mahkamah seperti yang telah diputuskan sebelum ini.
Jika tidak, aku bimbang kalau pemilihan CEC diadakan semula dan keputusannya sama seperti pada Disember 2012 - tidak ada seorang pun wakil Melayu yang menang, parti itu akan sekali lagi berada dalam dilema di kalangan orang Melayu.
'Kemenangan' lewat Zairil Khir Johari dalam pemilihan CEC yang lepas telah terbukti mengubah persepsi orang Melayu terhadap DAP dan menjadi penyumbang kepada banyak peralihan pengundi di kawasan-kawasan bandar dimana DAP bertanding.
Walaupun Zairil dari segi asal usul keturunanya ialah seorang cina, tapi yang penting namanya ialah nama seorang Melayu dan 'imej Melayu' yang dijana dari nama tersebut sangat penting untuk berada dalam CEC.
No comments:
Post a Comment