Bunyinya mungkin agak pelik, bagaimana pembunuhan besar-besaran rakyat Mesir oleh tentera negara itu, disifatkan sebagai kurang teruk berbanding dengan keganasan polis di Malaysia ini terutama dalam menangani demonstrasi yang dianjurkan Pakatan Rakyat?
Disinilah pemikiran kreatif melangkaui pemikiran biasa dan aku memang bukan jenis orang yang suka berfikiran biasa-biasa macam itu.
Hakikatnya, pembunuhan manusia secara beramai-ramai adalah kemuncak segala sifat jahat yang boleh dilakukan oleh mana-mana individu atau kerajaan di dunia ini. Maka itu, kejadian pembunuhan beramai-ramai oleh pihak berkuasa Mesir sekarang berada dalam kelompok keganasan yang lain.
Atau lebih tepat lagi, ia sudah jadi jenayah kemanusiaan yang memerlukan campur tangan dunia.
Sebaliknya, tekanan psikologi/emosi dan penggunaan bahan terlarang terhadap penunjuk perasaan yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang seperti berlaku di Malaysia, adalah pendekatan yang paling teruk boleh dilakukan oleh masyarakat yang mengaku bertamadun dan maju.
Tidak disebutkan lagi kesan penggunaan gas pemedih mata terhadap kanak-kanak yang menyertai ibu bapa mereka ke sebarang perhimpunan yang diadakan Pakatan Rakyat di negara ini.
Kalau tembak mati, senang cerita, apa nak dihujahkan lagi, dah mati.
Maka itu aku mahu semua penyokong Pakatan Rakyat agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku Mesir sekarang sehingga membuat keputusan bahawa cara kerajaan dan polis di negara ini menyuraikan penunjuk perasaan adalah yang terbaik.
Walaupun tidak ada tembakan peluru hidup dilepaskan atau sesiapa yang terbunuh terkena peluru polis, tidak bermaksud kita lebih baik dari Mesir. Pakatan Rakyat masih berpandangan pendekatan ganas yang diambil untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang dianjurkan sebelum ini, adalah yang paling teruk.
Aku difahamkan propaganda mengenai perkara tersebut sedang diusahakan secara besar-besaran oleh media UMNO, baik di dunia nyata, dan juga di alam maya ini.
No comments:
Post a Comment