Saturday, August 17, 2013

Nafi Tawar Jawatan TPM: Anwar Perlu Saman Najib

Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri semalam yang menafikan sebarang tawaran jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Najib kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merealisasikan kerajaan perpaduan sebelum PRU13 lepas, benar-benar telah menjatuhkan imej Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri.

Sudahlah tawaran jawatan TPM itu sendiri satu penghinaan yang tidak ada tolok bandingnya, penafian semalam pula adalah cubaan terbesar Najib untuk memalukan Anwar.

Aku melihat keperluan untuk Anwar bertindak ke atas penafian ini dengan membawa pertikaian tersebut ke Mahkamah.  Jika dibiarkan, Anwar akan dilihat sebagai penipu besar dan tidak ada siapa dalam negara ini yang mahu lihat itu terjadi.

Dakwaan ini penting untuk dipertahankan, terutama sebelum pemilihan UMNO bermula kerana Pakatan Rakyat mahu lihat perpecahan antara Najib dan timbalannya Muhyiddin Yassin terjadi.  Aku yakin penyokong Muhyiddin pasti akan bangkit memberontak jika tawaran sebagai TPM ini boleh dibuktikan.

Ini sudah pasti akan banyak membantu Pakatan Rakyat untuk melemahkan UMNO setelah persaingan satu lawan satu dalam PRU13 yang lepas, hanya gagal melemahkan parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan, bukan UMNO.

Justeru, tidak ada tempat lain yang lebih sesuai untuk membuktikan perkara tersebut melainkan membawa pertikaian ini ke Mahkamah,  Pada waktu itu, bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla boleh dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah dan mengesahkan sama ada tawaran tersebut pernah dibuat atau tidak.

Prosiding itu perlu dimulakan segera, sebaiknya Isnin depan.

Aku bimbang kalau dilewatkan, persepsi buruk mengenai Anwar akan bertebaran di media massa dan media maya dengan Anwar tidak punya banyak ruang untuk mempertahankan diri.  Ini melihat kepada mood rakyat dalam hal-hal politik yang semakin berkurangan sejak PRU13 yang lepas.

Kalau diadakan semula aktiviti ceramah politik setiap malam pun, aku tidak yakin sambutan yang diterima akan sama seperti dulu lagi

No comments: