Tahun 2013 adalah tahun yang sangat menarik kerana pada tahun ini sekurang-kurangnya ada 4 pemilihan parti-parti politik utama di Malaysia. Selain UMNO, PKR juga akan mengadakan Kongres Nasional pada November ini bagi menentukan pucuk pimpinan tertinggi parti tersebut.
Sementara DAP akan mengadakan semula pemilihan CEC setelah diarahkan berbuat demikian oleh RoS.
Menarik tentang pemilihan PKR kali ini, ura-ura sedang bertiup kencang bahawa jawatan Presiden PKR yang kini disandang Datin Seri Wan Azizah Ismail akan dicabar buat pertama kalinya oleh Timbalan Presiden sekarang, Azmin Ali.
Walaupun setakat ini Azmin masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai hasratnya untuk bertanding jawatan tersebut, tapi cerita mengenainya telah tersebar ke pelusuk negara sekarang. Beberapa cabang PKR juga telah didatangi agen-agen Azmin untuk bersiap sedia menghadapi pemilihan tersebut.
Aku secara peribadi tidak ada masalah dengan Azmin, tapi kalau Azmin mencabar Wan Azizah, ia adalah seperti melihat Azalina Othman mencabar Shahrizat Abd Jalil sebagai Ketua Wanita UMNO sekarang - dalam apa keadaan pun tidak mungkin Azalina boleh menang.
Kenapa? Sebab isunya ialah imej. Sama seperti pemilihan Wanita UMNO, walaupun Shahrizat dilanda skandal penyelewengan dalam NFC yang dilakukan oleh suaminya, tapi Shahrizat sebagai individu, tidak mempunyai apa-apa masalah, selain bertudung dan mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi.
Tak seperti Azalina - tak payah ulas panjang, semua orang pun tahu.
Azmin, seperti yang kita semua tahu mempunyai banyak skandal melibatkan perempuan, harta kekayaan dan sebagainya. Persoalan sama ada semua dakwaan tersebut betul atau tidak, itu belakang kira, yang penting sekarang persepsi umum.
Semua skandal tersebut pula khabarnya bukan didedahkan oleh UMNO, tapi orang dalam PKR sendiri yang melihat Azmin terlalu berkuasa sejak dilantik menjadi Timbalan Presiden, termasuk berkuasa penuh dalam soal penentuan calon PKR semasa PRU13 tempoh hari.
Azmin juga mempunyai banyak masalah dengan pemimpin PKR yang lain dan tidak pula segan silu menunjukkan penentangan terbuka terhadap pemimpin PKR yang tidak digemarinya. Antaranya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Azmin juga mempunyai banyak masalah dengan pemimpin PKR yang lain dan tidak pula segan silu menunjukkan penentangan terbuka terhadap pemimpin PKR yang tidak digemarinya. Antaranya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Berbanding dengan Wan Azizah yang boleh dikatakan hampir bebas dari sebarang skandal, warak, malah pernah mendapat pengiktirafan 'Saiyidatinna Khadijah' daripada ABIM kerana kecekalan dan kesetiaannya disisi Datuk Seri Anwar dalam menghadapi semua cabaran.
Ini satu bentuk pengiktirafan yang sangat tinggi boleh diberikan oleh mana-mana pertubuhan Islam kepada wanita di Malaysia mahupun di dunia. Saiyidatinna Khadijah ialah isteri kepada Nabi orang Islam, Muhammad saw dan bukan sebarang wanita boleh dapat pengiktirafan tersebut.
Atas sebab itu, aku menggesa kem Azmin membatalkan hasratnya untuk mencabar Wan Azizah dalam pemilihan Presiden PKR yang akan datang kerana ia boleh memberi imej yang buruk kepada parti selain berpotensi untuk mencetus perbalahan dalaman sesama sendiri.
Ambillah iktibar dari Kongres Tahunan 2010 yang lepas dimana menyaksikan
Lagipun, jadi presiden atau tidak bukan membawa sebarang makna kerana kuasa penentu dalam PKR masih ditangan Anwar sebagai Ketua Umum - jawatan yang tidak boleh dicabar sesiapa.
No comments:
Post a Comment