Monday, August 19, 2013

Hati Anwar Tidak Seteguh Karpal Singh

Ada banyak pandangan yang dilemparkan orang berhubung tawaran Najib kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan, sebelum PRU13 yang lepas.

Memang, Najib secara rasmi telah menafikan kewujudan tawaran tersebut, tapi bagi rakyat kebanyakkan, penafian itu adalah semata-mata penafian serta tidak disertai dengan bukti.  Walaupun Anwar juga tidak menyertakan bukti berhubung tawaran tersebut, tapi aku lebih percayakan Anwar dari Najib.

Ada bukti atau tidak bukan masalah, masalahnya kenapa Anwar pun menerima tawaran tersebut dan hanya menolak setelah melihat PRU13 yang lepas dipenuhi dengan muslihat dan penafian seperti dalam soal membawa 40,000 orang pengundi hantu dari Bangladesh, Blackout dan sebagainya?

Bagaimana Anwar boleh tergerak untuk menerima tawaran tersebut, itu yang jadi masalah.  Seolah-olah pendirian Anwar tidak tetap dan boleh berubah-ubah setelah dikelabukan dengan tawaran jawatan dalam kabinet Najib.

Nasib baik PRU13 lepas penuh dengan penipuan dan skandal, kalau tidak mungkin kita akan melihat kewujudan kerajaan perpaduan BN dan Pakatan Rakyat hari ini.  Jadi tak jadi tu belakang kira, masalahnya yang commit mula-mula tu apahal?

Untung, tidak ada pihak dalam Pakatan Rakyat yang mengangkat perkara ini sebagai isu besar, kalau tidak aku melihat masalah yang lebih menyulitkan di masa akan datang.

Kenapa Anwar tidak mencontohi sahaja pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang berpegang teguh pada perjuangan parti, tidak kira sebesar mana penolakan rakyat terhadap parti tersebut?

Sejak mula ditubuhkan pada 1965 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan parti PAP, DAP telah melalui begitu banyak pasang surut dalam politik Malaysia, sehingga pada satu ketika pada 1974 dan 1999, parti itu seolah-olah bakal terkubur dengan sendirinya berikutan kekalahan pemimpin utamanya dalam kempen pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut.

Semua itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat pimpinan DAP untuk terus berjuang dalam politik dan menegakkan apa yang mereka percaya perlu untuk sebuah negara Malaysia yang lebih baik, dari apa yang dilaksanakan BN sekarang.

Tidak pernah dalam mana-mana keadaan (baik kuat atau lemah), pemimpin ulung DAP seperti Karpal Singh bercakap untuk melaksanakan kerajaan perpaduan, campuran dan sebagainya.  Sedangkan dalam masa sama, parti asal pembangkang sealiran dengan DAP seperti Gerakan, sanggup menggadaikan maruah untuk bergabung dengan BN dalam tahun 1973.

Anwar sepatutnya mencontohi pimpinan DAP seperti Karpal Singh yang komited dalam perjuangan dengan tidak sesekali menukar gantinya dengan tawaran jawatan ataupun wang.  Walaupun mungkin memakan masa yang sangat panjang, tapi percayalah bahawa kejayaan pasti akan tiba juga akhirnya.

Dulu, siapa boleh sangka DAP akan membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang?  Berapa banyak projek Tanjung untuk merampas Pulau Pinang yang dilancarkan DAP sebelum itu tapi masih gagal menyingkirkan BN?

Tapi kerana mereka tidak berputus asa, maka selepas 43 tahun dittubuhkan, barulah parti tersebut berjaya merampas negeri tersebut dan meningkatkan jumlah kerusi parlimen dan DUN dengan begitu mendadak sekali dalam PRU12 dan PRU13.

Anwar sepatutnya mencontohi kecekalan DAP dan tidak mudah menyerah kepada sebarang tawaran jawatan yang hanya merugikan masa depan pembangkang di Malaysia dan menguntungkan UMNO untuk jangka masa panjang.

No comments: