Semua orang tahu buku 'Awakening: The Abdullah Years In Malaysia" adalah diterbitkan oleh Pakatan Rakyat untuk memecahbelahkan UMNO dalam menghadapi perhimpunan agungnya tidak lama lagi.
Walaupun setakat ini buku tersebut tidak mendapat apa-apa respon dari pemimpin dan ahli UMNO, tapi sekurang-kurangnya 2 pihak setakat ini telah memberi komen berhubung dengan penerbitan buku berkenaan, dengan yang paling lantang datang dari pertubuhan rasis nombor 1 Malaysia, Perkasa.
Perkasa, melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali telah mengecam Tun Abdullah Ahmad Badawi (Paklah) kerana isi kandungan buku tersebut yang diantaranya mengkritik peranan pertubuhan itu dalam menyumbang kepada kekalahan besar BN semasa PRU12 pada 2008.
Walaupun semua orang tahu Perkasa ditubuhkan sebelum PRU12, tapi itulah pointnya - untuk membangkitkan kritikan yang akhirnya membawa perpecahan di dalam UMNO, sebab aku yakin pada bila-bila masa dari sekarang, Khairy Jamaludin yang juga menantu Paklah dalam kabinet Najib akan bersuara mempertahankan mertuanya.
Cuma masalahnya disitu, Perkasa, bukan UMNO yang mengkritik buku tersebut sedangkan sasaran sebenar Pakatan Rakyat ialah pemimpin UMNO seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, Perkasa nak buat apa!!
Kalau Khairy membalas kritikan tersebut pun, pertelagahan yang akan jadi adalah diantara Perkasa dengan Khairy, bukan dengan Mukhriz seperti mana yang kita semua mahukan.
Kalau Khairy membalas kritikan tersebut pun, pertelagahan yang akan jadi adalah diantara Perkasa dengan Khairy, bukan dengan Mukhriz seperti mana yang kita semua mahukan.
Maka itu, aku melihat ada keperluan mendesak untuk Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Paklah dalam isu ini kerana matlamat penghasilan buku yang diterbitkan oleh James Chin dan Bridget Welsh (2 individu yang ada kaitan dengan Pakatan Rakyat), masih belum lagi tercapai..
Aku bimbang, kalau kecaman Perkasa ini dibiarkan, lama-lama rakyat akan menerima penjelasan tersebut dan seterusnya menjadikan buku itu dan isi kandungannya tidak mempunyai nilai dari segi politik.
Ingat, buku tersebut bertujuan untuk memecahbelahkan ahli dan pemimpin tertentu UMNO menjelang pemilihan parti tersebut, kalau buku itu 'hilang nilai' sebelum proses tersebut bermula, maka penat sajalah semua orang yang terlibat dengan proses pembikinan buku tersebut.
Bila ada pemimpin UMNO yang bertelagah kerana penerbitan buku tersebut, pada waktu itu barulah Pakatan Rakyat boleh berehat panjang.
No comments:
Post a Comment