Wednesday, August 14, 2013

Dipenjara Kerana Benarkan Buddha Sembahyang? Zalimnya!!

Aku berasa sungguh simpati dengan seorang pengusaha resort di Sedili Johor yang kini berhadapan dengan kemungkinan dipenjara dan di denda kerana membenarkan penganut agama Buddha bersembahyang di dalam surau miliknya, di atas tanah yang juga miliknya.

Rasanya Yahudi pun tidak memenjarakan sesiapa yang bersembahyang, paling teruk aku pernah dengar pun yahudi melarang rakyat Palestin masuk dalam masjid saja, bersembahyang?  Tidak pernah.

Semua ini nampak keterlaluan sangat.  Malah tak keterlaluan kalau aku katakan, ia sudah sampai ke tahap diskriminasi kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Maka itu, Pakatan Rakyat perlu campur tangan dengan segera bagi memastikan ketidakadilan ini dari berterusan dan peranan yang boleh dimainkan oleh parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat ada begitu banyak.

PAS umpamanya perlu tampil dengan hukum-hukum dalam kita Al-Quran yang mewajarkan sebuah surau digunakan untuk agama lain bersembahyang seperti mana dalam kes Maznah Yusof yang ditahan kerana membela anjing tempoh hari.

Aku yakin hukum itu ada, cuma nak kena mencari sajalah, aku bukan pakar sebab itu aku cadang PAS untuk kendalikan perkara ini.

Masa inilah kepakaran PAS diperlukan untuk memastikan Malaysia ini tidak terus menerus dibelenggu dengan undang-undang lapuk yang tidak lagi bersesuaian dengan peredaran masa dan zaman seperti yan ini.

PKR seperti biasa boleh menyediakan khidmat guaman percuma kepada pengusaha resort terbabit seperti mana dalam kes Maznah, selain mencadangkan dalam persidangan parlimen yang akan datang agar undang-undang yang mewajarkan penahanan seperti ini, dihapuskan.

DAP punya peranan yang lebih besar, memanjangkan perkara ini ke peringkat antarabangsa dan membuat aduan kepada pertubuhan Buddha sedunia berikutan layanan kerajaan negara ini kepada individu yang membenarkan penganut agama Buddha bersembahyang di dalam premis miliknya. 

Selain memaksa kerajaan Singapura campur tangan dalam hal ini kerana pengusaha resort terbabit adalah rakyat negara itu.

Lakukan semua ini sekarang agar keadilan dapat ditegakkan!!

1 comment:

putra_ns said...

Nampak benar penulis bukan seorang Islam.. seorang yg bukan Islam sudah tentu tidak faham akan kehendak syariat Islam..Seorang Islam masuk kemasjid sudah tentu akan menunaikan solat ..apabila Yahudi tidak membenarkan masuk masjid ,sama lah juga tidak membenarkan bersolat. Majid atau Surau HANYA untuk Agama ISLAM .