Thursday, August 15, 2013

Sembahyang Di Surau: Buddha Baru Nak Mula, Kristian Dah Lama Buat


Puak Melayu fanatik UMNO merasakan adalah menjadi satu kesalahan besar untuk penganut agama lain bersembahyang di dalam rumah ibadat orang Islam.  Sedikit yang mereka tahu bahawa penganut agama besar seperti Kristian telah lama mengamalkan upacara sembahyang di dalam masjid!!

Masjid seperti yang kita tahu adalah 10 kali lebih besar dari surau seperti di Johor itu.

Menurut maklumat yang aku dapat, kebanyakkan penganut agama Kristian yang beribadat di dalam masjid ini adalah mereka yang telah keluar agama Islam tapi bimbang dengan keselamatan mereka sekiranya dilihat memasuki gereja pada hari Ahad.

Tersepit di antara 2 pilihan, kebanyakkan dari mereka ini memilih untuk menyembah Isa dan Tuhan Trinity di dalam masjid.

Disamping itu, aku juga dimaklumkan akan  kewujudan sebuah gospel yang memang bergerak dari satu masjid ke satu masjid untuk menyebarkan fahaman Kristian di kalangan jemaah masjid yang datang.  Aku difahamkan, pendekatan yang digunakan tidak secara terus terang (nak mampus), tapi lebih kepada dengan mengadakan perdebatan sihat mengenai konsep ketuhanan.

Kalau nak terima, terimalah, kalau tidak pun tak mengapa, tidak ada paksaan.

Semua ini sudah tentu berlaku di negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam yang tinggi seperti Indonesia dan negara Arab, dimana stigma negartif terhadap mereka yang keluar dari Islam secara terang-terangan adalah begitu tinggi sekali.

Kejadian serupa belum berlaku di negara ini (sekurang-kurangnya belum lagi).  Tapi moralnya, ia boleh dan sudah pun dilakukan di negara lain, persoalannya, kenapa kita tidak?

Negara kita baru bermula dengan 1 kes di Johor, itupun dah macam nak pecah dunia.  Baru surau, itupun yang berada di dalam tanah persendirian dan dengan kebenaran pemiliknya.

Itupun kalau bangunan tersebut layak dipanggil surau kerana maklumat menunjukkan arah kiblatnya tersasar 300km dari Mekah.

Seperti yang aku jelaskan semalam, Pakatan Rakyat perlu bangkit mempertahankan hak penganut agama lain untuk beribadat dimana sahaja dalam negara kita ini.  Kalau tidak salah aku, orang Islam pun tidak dilarang beribadat di dalam gereja, kenapa orang bukan Islam tidak boleh?

Bagi mengelakkan salah faham, perkara ini aku rujuk kepada kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada 28 Oktober 2010 yang mengesahkan bahawa seorang dari 4 khalifah besar Islam, Saidina Omar pernah bersembahyang Asar di dalam gereja.

Bukan aku pandai-pandai cakap.

No comments: