Kebelakangan ini aku lihat blog-blog Pakatan Rakyat semakin lama semakin suram, terutama setelah PRU13 berakhir dengan kegagalan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan.
Jika dulu beberapa blog terkenal seperti Suara Pakatan Rakyat, Milosuam, AmenoWorld, Anak Sungai Derhaka dan sebagai meniti carta 10 terbaik senarai blog-blog politik di Malaysia, hari ini kita lihat jumlah itu semakin lama semakin kurang.

Dengar ceritanya ada masalah pada bahagian peruntukkan, dengan yang paling banyak dipersalahkan ialah Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamarudin. Aku tak pastilah sejauh mana benarnya penglibatan Zuraidah dalam hal ini, sebab aku tahu ramai orang yang jaga blogger dalam Pakatan Rakyat.
Tapi itu semua tidak penting sekarang. Yang penting sekarang ialah dalam kesuraman hari ini bagaimana perjuangan Pakatan Rakyat nak dihidupkan menerusi blog-blog ini.
Aku melihat di kalangan blogger-blogger UMNO pun ada masalah hampir sama - peruntukkan. Tapi mungkin sebab rezeki yang jauh melimpah ruah lebih dari biasa semasa PRU13 yang lepas, masih ada di kalangan blogger ini yang bernyawa, walaupun tanpa bayaran selama beberapa bulan.
Sesetengah tu (terutama blogger berbahasa Inggeris), menggunakan peluang yang ada sebelum dana sebenar habis untuk menghentam Najib dan kepimpinannya, termasuk mendesak Perdana Menteri Ke Enam itu berundur dari jawatan.
Antara yang paling lantang aku lihat ialah blogger Syed Akhbar Ali dalam blognya OutsyedTheBox.
Blogger ini nampaknya sudah berpatah arang dan berkerat rotan dengan Najib. Mungkin dia tahu jawatannya sebagai Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tidak akan disambung semula bila tamat nanti, maka dia memilih untuk menentang Najib secara bersendirian.
Paling tidak satu hari mesti ada satu artikel yang secara terang-terangan menghentam Najib, sehingga ke satu tahap, aku terlupa yang Syed Akhbar ini dulu hari-hari hentam Pakatan Rakyat, terutama Datuk Seri Anwar dan Datuk Nik Aziz.
Maka itu aku melihat peluang, peluang untuk Pakatan Rakyat menjemput Syed Akhbar supaya menyertai mana-mana satu parti komponen dan diberikan jawatan penting. Paling sesuai yang aku rasa ialah PKR atau DAP, untuk disesuaikan dengan jiwa liberal Syed Akhbar.
PAS tidak boleh kerana aku pun dengar-dengar Syed Akhbar ini pun kaki minum, entah ya entah tidak. Kalau betul, itu hak dialah nak tergolek ke tertonggeng macam mana, inikan negara demokrasi.

Dia pun aku dengar tidak ada jawatan dalam UMNO, tak mengejutkan kerana aku dapat maklumat majoriti blogger UMNO, bukan ahli UMNO pun, hanya penyokong saja, itupun masuk dalam kelompok penyokong tegar Tun Mahathir.
Pun begitu, aku tak nampak apa-apa masalah untuk Syed Akhbar sertai Pakatan Rakyat walaupun dia penyokong kuat Mahathir.
Yang penting pada aku, jiwa penulisannya memang sudah condong habis kepada Pakatan Rakyat. Yang diperlukan sekarang ialah dia menyertai kita secara rasmi, itu sahaja.
Senang nak berperang depan sama depan.
No comments:
Post a Comment