KIBARAN bendera baru Sang Saka Malaya oleh akivitis Pakatan Rakyat semasa sambutan hari Kemerdekaan ke-56 yang lepas, memang menarik perhatian semua orang.
Walaupun tidak semua orang bersetuju dengan tindakan tersebut tapi begitulah adat perubahan, mula-mula memang susah, lama-lama tidak ada masalah.
Perancangan nak mengubah sejarah Malaysia ini memang perlu dimulakan dengan bendera, kerana itu sahajalah perlambangan yang mudah diingat orang. Tapi dengan memilih nama Sang Saka Malaya ini aku melihat akan ada masalah yang lebih besar di masa akan datang.
Sebab Sang Saka Malaya ini masih mengekalkan perkataan Melayu ("Malay"a)!! Walhal negara ini bukan sahaja dihuni orang Melayu, tapi juga oleh orang Cina, India dan lain-lain pribumi Sabah & Sarawak.
Justeru, satu nama lain perlu dicari agar bersesuaian dengan kepelbagaian kaum dan budaya rakyat negara ini, serta tidak terikat dengan satu etnik semata-mata.
Kita perlu ingat, sementara DAP sedang hebat mempromosikan Melayu sebagai kaum pendatang di negara ini (sama seperti Cina dan India), tidak sepatutnyalah nama Melayu itu dikekalkan pada nama bendera baru negara kita yang akan diperkenalkan Pakatan Rakyat nanti.
Tidaklah orang Melayu menjadi pendatang di bumi ini kalau nama kaum tersebut masih dikekalkan pada nama bendera. Tidak hairanlah kenapa aku lihat orang Melayu langsung tidak terkesan dengan pengenalan bendera baru ini kerana mereka tahu nama kaum mereka masih ada disitu.
Aku dimaklumkan, selepas bendera, Pakatan Rakyat juga akan turut mengubah nama negara ini supaya lebih bersesuaian dengan komposisi kaum di negara kita, sebab sama seperti nama bendera tadi, nama negara ini pun mengandungi perkataan Melayu ("Malay"sia) di dalamnya.
Ini adalah bersesuaian dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menulis semula sejarah negara ini agar boleh diterima baik oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira dari golongan mana selepas mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2018.
Apa Sudah Jadi Dengan 'Design' Yang Ini? |
Disamping mengelakkan mana-mana kaum perasan diri mereka sebagai 'superior'.
Semua ini bagaimana pun perlulah dilakukan dengan perlahan kerana sudah pasti ada tentangan dari segelintir orang yang bakal tidak berpuas hati dengan tindakan itu nanti. UMNO dan sekutu-sekutunya pada waktu itu, pasti menentang keras keputusan tersebut dan mungkin mengambil tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.
Pakatan Rakyat perlu menimbang semua kemungkinan ini walaupun PRU14 masih terlalu awal untuk diperkatakan sekarang. Kata orang, sentiasa bersedia.
No comments:
Post a Comment