Monday, September 2, 2013

Buang Masa Bincang Dengan Najib

Ramai yang cuak bila The Malaysian Insider siar kenyataan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah terima kekalahan dalam PRU13 yang lepas dan dengan itu bersedia untuk berbincang dengan BN berhubung pelbagai isu.

Hampir semua orang anggap kenyataan itu betul kerana pertama ia disiarkan oleh portal berita pro Pakatan Rakyat dan kedua kerana syarat Najib untuk berbincang dulu pun ialah Anwar perlu terima keputusan PRU13 terlebih dahulu.

Tapi nasib baik Anwar tampil cepat membetulkan salah faham tersebut apabila menjelaskan di dalam akaun Twitternya bahawa beliau tidak pernah sesekali berkata menerima kekalahan dalam PRU13 yang lepas, yang betul hanyalah kesediaan beliau untuk berbincang dengan Najib dalam pelbagai isu membabitkan kepentingan negara.

Walaupun ada penafian dalam soal menerima kekalahan, aku masih tidak rasa Anwar perlu meneruskan perbincangan dengan Najib atas beberapa sebab.  

Pertama, Najib tidak mungkin mahu berbincang dengan Anwar kerana seperti yang disebutkannya dulu, syarat sebelum berbincang perlulah menerima keputusan PRU13 yang lepas.

Kedua, kalau pun Najib mahu berbincang, Anwar tidak seharusnya percayakan orang seperti Najib kerana dia bukanlah jenis yang boleh dipercayai.  

Ketiga, Anwar tidak boleh memutuskan perkara ini (perbincangan dengan Najib) secara bersendirian, beliau perlulah berbincang dulu dengan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum boleh membuat apa-apa keputusan untuk berbincang.

Nanti apa pulak kata mereka, setelah masing-masing berkempen untuk menjatuhkan Najib dengan menggunakan semua pendekatan (termasuk yang kasar), tiba-tiba Anwar mahu mengadakan perbincangan dengan dia pula?  Ini tidak betul sama sekali, dibaca dari sudut mana sekalipun.

Selain itu, aku tidak mahu nanti imej Anwar jatuh kerana kesudiannya berbincang dengan Najib, seolah-olah Najib terlalu kuat untuk ditewaskan.  

Seperti yang kita sama tahu, keputusan PRU13 yang lepas, membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sepatutnya menang tapi digagalkan oleh kerja politik kotor UMNO/BN.

No comments: