Kisah surat-surat misteri memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh yang dilambakkan pihak tertentu ke rumah bekas calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail minggu sudah, pada aku hanya cubaan jahat pihak tertentu untuk memburukkan mereka berdua sahaja.
Dalam masa yang sama, cuba menggambarkan yang Anwar ini seorang yang banyak wang disebalik imej beliau sebagai pejuang rakyat yang bersederhana dalam semua segi (kecuali bila ada keperluan mendesak untuk menggunakan jet peribadi, helikopter dan sebagainya).
Maklumlah, wang RM 50 juta yang disebut di dalam surat berkenaan bukan satu jumlah yang kecil, tapi jumlah yang sangat-sangat besar untuk seorang dalam kedudukan seperti Anwar, apatah lagi disebutkan juga bahawa bayaran itu dikesan dari 2008 lagi - ketika Anwar belum lagi menjadi ahli parlimen dan ketua pembangkang.
Justeru, kalau ada banyak motif yang boleh difikirkan di sebalik misteri penyebaran surat-surat ini, aku rasa motif yang ini (cuba menggambarkan Anwar sebagai seorang yang kaya raya) adalah motif yang terbesar sekali.
Hakikatnya, sumber yang rapat dengan Anwar memaklumkan kepada aku bahawa harta Anwar kalau dihimpunkan semua sekali, tidak lebih nilainya dari RM 10 juta, yang mana jumlah yang sangat kecil untuk seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan seperti beliau.
Malah, bagi harta dalam bentuk tunai, ia disimpan di dalam beberapa buah bank dalam negara ini, bukan bank-bank luar negara dan pesisir pantai yan sukar dikesan seperti yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO.
Bukan setakat Anwar sahaja, anak-anaknya pun begitu. Nurul Izzah Anwar khabarnya tidak mempunyai wang lebih dari RM 50,000 pun dalam akaun banknya sepanjang menjadi Ahli Parlimen. Begitulah bersederhana Anwar dan keluarganya dalam soal kewangan.
Lagipun, kalau benarlah seperti mana dakwaan tersebut, kita tak nampak bagaimana jumlah RM 50 juta itu boleh dipersoalkan. Ia berpadananlah dengan khidmat yang diberikan firma Karpal dengan statusnya kepada Anwar dalam mengendalikan beberapa kes berkaitan beliau di Mahkamah.
Jadi, aku tak yakin isu terbaru yang dibangkitkan UMNO ini mampu menjejaskan Anwar dalam apa keadan sekalipun. Anwar pernah menghadapi isu yang jauh lebih besar dari ini dan beliau berjaya mengharunginya tanpa sebarang masalah besar.
UMNO boleh cari taktik lainlah.
No comments:
Post a Comment