Bukan rahsia Pakatan Rakyat menjadikan Singapura sebagai idola dalam banyak hal kerana kejayaan negara itu menjadi negara maju disebalik saiznya yang sangat kecil.
Walaupun kemajuan Singapura banyak dibantu oleh kadar pertukaran wang yang lebih tinggi berbanding Malaysia sehingga rakyatnya mempunyai kuasa beli yang berkali ganda jauh lebih tinggi sehingga membantu ekonominya, tapi kecekapan pentadbiran kerajaan negara tersebut juga adalah satu faktor utama.
Begitupun peliknya, dalam banyak-banyak perkara mengenai Singapura yang menjadi ikutan Pakatan Rakyat, sistem pendidikan negara tersebut yang berdasarkan kepada penggunaan satu bahasa sahaja (English), tidak pula menjadi contoh.
Sedangkan English inilah yang satu ketika dulu menyatukan rakyat Singapura terutama dalam tahun-tahun pertama Singapura bergerak sebagai negara baru selepas memperolehi kemerdekaan dari Malaysia pada 1965.
Kalau itu boleh berlaku di Singapura, aku tak nampak alasan kenapa perkara sama tidak boleh dilakukan di Malaysia. Yang penting kita perlu berani berubah dan beralih dari sistem pendidikan sekarang yang jelas tidak membawa Malaysia ke mana-mana.
Aku yakin idea menggunakan English sebagai bahasa penghantar dalam sistem pendidikan kita seperti mana di Singapura akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia, kecuali yang berada di kawasan-kawasan kampung yang begitu kecil jumlahnya.
Justeru, Pakatan Rakyat seharusnya sudah boleh mula mempromosikan idea ini di kalangan rakyat Malaysia, sebaik-baiknya sebelum kempen PRU14 bermula. Buat permulaan, idea ini boleh dimasukkan dalam buku Jingga yang menjadi rujukan rakyat untuk memahami dasar-dasar Pakatan Rakyat.
Selain meningkat kefahaman dan kesedaran di kalangan rakyat, dalam masa yang sama Pakatan Rakyat juga ada cukup masa untuk menilai respon rakyat terhadap idea tersebut dan membuat penambah baikan dimana perlu.
No comments:
Post a Comment