Keputusan Mahkamah Pilihanraya Kota Kinabalu membatalkan
kemenangan Pakatan Rakyat di DUN Klias semalam memang benar-benar mengejutkan negara.
Sehingga sekarang aku sendiri keliru dan tertanya-tanya sama
ada Mahkamah di negara kita ini benar-benar sudah bebas dari sebarang campur
tangan politik atau bagaimana.
Sebab aku diyakinkan semua Mahkamah di negara ini perlu akur
dengan persepsi umum rakyat di negara ini bahawa sebarang keputusan Mahkamah yang tidak
memihak kepada Pakatan Rakyat (dan pimpinannya yang lain), ia dikira satu
keputusan yang tidak adil.
Bagaimana yang satu ini boleh terlepas?
Apatah lagi dinyatakan bahawa keputusan tersebut dibatalkan
kerana ada bukti berlaku kegiatan membeli undi!!
Itu ada 2 impak yang besar kalau sesuatu tidak dibuat untuk
mengubah keputusan tersebut. Satu,
Pakatan Rakyat berhadapan dengan risiko kehilangan DUN Klias dan kedua, imej
Pakatan Rakyat sebagai parti yang bersih dan bebas dari kegiatan seumpama itu,
mula tercalar.
Rakyat tidak lagi dapat melihat perbezaan antara BN dan
Pakatan Rakyat kalau kegiatan membeli undi ini benar-benar berlaku di pihak
kita.
Tapi, sekadar nak dihujahkan, kalau benarpun kegiatan ini berlaku,
aku tidak hairan kerana Lajim adalah bekas pemimpin UMNO – parti paling korup
pernah wujud dalam sejarah Malaysia.
Malah, kemasukannya ke dalam Pakatan Rakyat bersama Datuk
Seri Wilfred Bumburing dulupun diiringi dengan dakwaan berlakunya pertukaran
wang pada nilai yang sangat tinggi – melebihi RM 2 juta setiap seorang, nilai sama
dibayar kepada ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim untuk menyertai PKR pada tahun
2009 dulu.
Wang ini adalah tambahan kepada janji untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah jika
Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri tersebut dalam PRU13 yang lepas.
Walaupun tidak ada bukti bagi menjelaskan dakwaan tersebut,
tapi persepsi umumnya mana mungkin Lajim meninggalkan jawatan sebagai Timbalan
Menteri dalam kabinet Najib begitu saja tanpa tawaran yang lumayan.
Bagaimanapun, isu ini perlu ditangani dengan baik di
peringkat rayuan nanti dan yang penting sekali, DUN Klias perlu dipertahankan tidak
kira apa. Aku yakin, kalau pilihanraya
kecil diadakan semula di kawasan tersebut, Pakatan Rakyat pasti tewas.
Apatah lagi majoriti yang diperolehi Lajim dalam PRU13 yang
lepas begitu kecil sekali jumlahnya, hanya 392 undi sahaja.
UMNO/BN aku yakin pasti akan mengerahkan seluruh jenteranya
dan jentera kerajaan dari serata tempat dalam negara untuk memastikan Pakatan
Rakyat kalah disitu, seperti mana yang berlaku dalam PRK Kuala Besut yang
lepas.
Yakinlah, kalau itu berlaku, aku tidak dapat melihat
bagaimana Pakatan Rakyat boleh menang.
No comments:
Post a Comment