Tuesday, August 20, 2013

Polis Perlu Tembak Lebih Ramai Penjenayah Di Penang


Kadang kala aku tak faham kenapa DAP bersungguh-sungguh benar menghentam pihak polis bila ada kematian berlaku dalam operasi untuk menghapuskan penjenayah di negara kita?

Tak berapa lama dulu, bukankah DAP juga yang kuat mendesak agar pihak polis mengambil tindakan segera untuk menghentikan kejadian pembunuhan di persimpangan lampu isyarat yang berlaku secara berleluasa baru-baru ini?

Kenapa sekarang DAP buat bising pula bila polis tembak mati dan tangkap suspek-suspek penjenayah tersebut?

Umpamanya semalam, bila pasukan polis menembak mati 5 penjenayah yang disyaki menjadi pembunuh upahan di Pulau Pinang, aku sedikit tak faham kenapa DAP bising bab yang itu? 

Eloklah semua penjenayah tersebut dibunuh, selepas ini Penang akan jadi aman, negara inipun akan jadi aman juga.  Aku rasa, 99% rakyat negara ini setuju dengan tindakan tersebut dan sememangnya itulah matlamat dalam perang menentang penjenayah - mengutamakan kepentingan rakyat yang lebih ramai.

Setakat 100 orang atau 1,000 orang ahli keluarga penjenayah terbabit, terlalu kecil untuk dibandingkan dengan 28 juta rakyat negara kita yang hidup dalam ketakutan bila kejadian tembakan di persimpangan lampu isyarat ini semakin menjadi-jadi.

Memang setiap orang layak untuk dapat pengadilan di Mahkamah, tapi orang yang macam mana?  Orang yang menyerah diri secara baik bila cuba ditangkap, bukan orang yang tembak untuk mengelak dari di tangkap!!

Kalau penjenayah berkenaan menyerah diri kepada polis tapi tetap ditembak sampai mati, itu cerita lain.  

Jika berlaku macam itu, aku pun sokong DAP supaya mempolitikkan isu ini, masalahnya sekarang semua bukti menunjukkan penjenayah berkenaan melepaskan tembakan terhadap polis dulu dan polis wajib mempertahankan diri.

Suka atau tidak, memang peraturan polis begitu, hanya menembak semula untuk mempertahankan diri.  Kalau DAP nak ubah undang-undang itu dan melarang polis dari melepaskan sebarang tembakan, itu lain ceritalah.

Justeru aku suka menyarankan kepada DAP agar mengemukakan cadangan pindaan undang-undang dalam persidangan Dewan Rakyat yang akan datang, supaya pihak polis tidak lagi dibenarkan melepaskan tembakan, walaupun untuk mempertahankan diri.

Lebih baik lagi, semua senjata api anggota polis ditarik balik dan digantikan dengan pedang atau panah.  Itu baru cara yang betul untuk dibuat, bukan memekak melalui media.

Tindakan DAP membela penjenayah ini hanya akan menjauhkan lagi sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat, Atas sebab itu, aku menyokong penuh tindakan oleh pihak polis ini dan akan membantai sesiapa juga yang cuba mempersoalkan tindakan tersebut, walaupun dari Pakatan Rakyat sendiri.

No comments: