Monday, September 23, 2013

Azeez Rahim Salah Guna Kedudukan Untuk Kempen MT UMNO

Minggu ini mungkin minggu yang paling sibuk untuk Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim yang juga Pengerusi Tabung Haji.

Pertama, pemilihan UMNO dimana Azeez sedang mengintai peluang mengekalkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan kedua musim haji yang telah bermula dimana Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru begitu 'sibuk' dengan kebajikan keluarga jemaah disini, terutama yang meninggal dunia semasa mengadakan upacara tersebut di Mekah.

Setakat artikel ini ditulis, 2 jemaah haji telah pun meninggal dunia semasa mengadakan upacara haji dan kesempatan ini nampaknya digunakan sepenuh oleh Azeez Rahim untuk mendapat 'sport light' media bagi dirinya sendiri dengan kononnya membantu keluarga jemaah berkenaan.

Antaranya, menawarkan kuota haji untuk isteri dan anak lelaki seorang jemaah yang meninggal baru-baru ini.

Sebelum orang mempersoalkan aku, biar aku jelaskan disini, 'kebaikan' ini tidak pernah dilakukan mana-mana Pengerusi Tabung Haji sebelum ini, dan apa yang dibuat Azeez ini adalah yang pertama seumpamanya.

Pakatan Rakyat yakin, tindakan Azeez memberikan kuota haji kepada waris jemaah berkenaan, adalah satu salahguna kuasa yang terang dan nyata sebab tidak mungkin ianya berlaku secara kebetulan.

Ramai lagi rakyat Malaysia ini (aku difahamkan ada lebih 1 juta orang) yang masih belum menunaikan haji, diketepikan hak mereka untuk membuka jalan kepada  2 orang ini, hanya sebab Pengerusi Tabung Haji yang baru, 'simpati' kerana ayah dan suami mereka meninggal semasa mengerjakan haji musim ini.

Faham?


Tak faham, nak bagi jelas lagi, tahun depan, akan ada 2 orang jemaah haji dari negara ini yang sepatutnya dapat ke Mekah, tapi dinafikan hak mereka oleh salah guna kuasa Azeez yang kemaruk nak kekal dalam MT UMNO.

Wajarkah tindakan ini?  Yang mati dah tentulah mati, kenapa yang hidup pulak perlu menanggung kesengsaraan kerana kuota mereka digunakan untuk kepentingan peribadi Azeez?

Dan kita perlu ingat, ini baru melibatkan satu jemaah, khabarnya keluarga satu jemaah lagi itupun, Azeez nak buat tindakan yang sama juga - beri kuota.  

Penyudahnya, di akhir musim haji ini, agaknya berapa ramai jemaah yang mati dan berapa ramai pulak kalangan ahli keluarga mereka yang akan dihantar ke Mekah oleh Azeez?

Tunggu dan lihat.

Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan lepaskan Azeez begitu saja.  Tindakan lanjut akan ditentukan pada bila-bila masa dalam minggu ini.

No comments: