Saturday, September 21, 2013

Eleh Mahathir, Kalau Nak Kempen Untuk Mukhriz Tu Cakap Sajalah.

Asalnya aku tak pasti apa yang mendorong aku membaca tulisan terbaru Mahathir di blognya chedet.cc mengenai masa depan UMNO disini.

Mungkin sebab pengesahan Mahathir bahawa UMNO adalah sebuah parti tua yang akan mati dalam jangka masa terdekat jika pemimpin-pemimpin muda tidak dipersediakan untuk mengambil alih parti tersebut dengan segera.

Kebetulan atau apa, kenyataan Mahathir ini hadir setelah anak bongsu lelakinya, Mukhriz sudah mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Maka aku berpandangan, Mahathir memilih sekarang untuk bercakap tentang 'menyegarkan' UMNO dengan pemimpin muda, sebab dia nak membantu kempen anaknya merebut jawatan Naib Presiden.

Ironinya, Mahathir sendiri menjadi Presiden UMNO sehingga berusia 78 tahun sebelum melepaskan jawatan tersebut kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan hari ini dia bercakap tentang UMNO akan mati kalau pemimpin lebih muda tidak dipersiapkan dari sekarang?

Jenaka apa macam ini?

Kalau diri sendiri pun (ketika berkuasa) tidak mahu melepaskan jawatan kepada pemimpin muda, janganlah sekarang nak menasihatkan orang lain pula, itu hipokrit namanya.

Sudah tentulah ini bukan tentang menyegarkan UMNO dengan orang muda atau tidak, tapi tentang menyokong kempen Mukhriz dan seterusnya memastikan Mahathirism kekal dalam UMNO sehingga berpuluh-puluh tahun akan datang.

Memang Mahathir mempotretkan dirinya sebagai seorang yang tidak gila glamour apabila melarang namanya digunakan pada mana-mana jalan atau binaan di negara ini, nampak macam bagus.

Tapi tanpa kita sedar, Mahathir sebenarnya mengejar glamour dan kemahsyuran yang lebih besar lagi, sampai ke satu tahap nama negara ini pun nanti akan diubah kepada Mahathirsia.  

Mustahil?  Mahathir dah melakukannya pun dulu apabila memasukkan nama bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke dalam nama Putrajaya bagi menggantikan rasa bersalahnya kerana mengecam Tunku secara terbuka selepas tragedi 13 Mei 1969 meletus.

Jika Mahathir boleh memasukkan nama Tunku ke dalam Putrajaya, apakah bertahun-tahun akan datang, jika legasinya (Mukhriz atau tidak) menjadi Pedana Menteri, nama Mahathir tidak boleh diletakkan pada nama Malaysia?

Sudah tentu boleh dan Mahathir tahu itu.  Justeru, tidak ada cara lain untuk mencapai hasrat tersebut melainkan dengan memastikan legasinya berterusan dalam UMNO melalui Mukhriz sebagai batu loncatan.

No comments: