Marah betul aku melihat bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Zulkifli Mohd Nor yang sanggup mengadakan sidang media untuk mengutuk dan mencerca DAP, parti dimana dia masih lagi menjadi ahlinya.
Itu kira boleh lagilah, yang paling tak tahan, Zulkifli meminta Lim Guan Eng untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Mana boleh, ini permintaan orang gila!! DAP adalah Guan Eng dan Guan Eng adalah DAP, salah satu terpisah maka hancurlah DAP, hancurlah orang cina.
Agaknya, itulah yang Zulkifli mahukan, supaya DAP hancur.
Sepatutnya DAP sudah boleh mengambil tindakan disiplin yang serius ke atas Zulkifli. Walaupun kesemua ahli CEC sekarang tidak diiktiraf kuasa mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), tapi sekurang-kurangnya boleh diwujudkan jawatankuasa displin Interim, selaras dengan perlembagaan parti.
Aku tak nampak kenapa ia tidak boleh dilakukan kerana yang digantung ialah anggota CEC, sedangkan perlembagaan parti tidak.
Tapi terlanjur bercakap tentang perkara sama, aku suka nak mengesahkan disini bahawa nilai Melayu dalam DAP bukan 50 sen seperti yang didakwa Zulkifli, tapi sekadar 10 sen sahaja. Tanpa 10 sen pun, nilai satu juta tidak akan cukup (menggunakan perumpamaan Zulkifli semalam).
Jangan marah, ini bukan tentang perkauman, tapi hakikat bahawa memang DAP memerlukan beberapa kerat orang Melayu untuk mempertahankan persepsi umum bahawa DAP ini adalah sebuah parti berbilang kaum (multi racial party).
Salah orang Melayu sendiri yang tidak mahu menyertai DAP walaupun keanggotaan parti tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Beberapa kerat orang Melayu yang diterima menyertai parti tersebut, telah diberikan jawatan yang tinggi dengan dilantik untuk mengisi mana-mana satu dari jawatan 10 ahli CEC yang dibuat secara lantikan terus oleh anggota CEC yang menang dalam pemilihan parti.
Itu pun masih tak sedar diri lagi? Kalau nak diikut dari merit, Melayu tidak layak untuk pegang apa jawatan pun dalam CEC.
Zulkifli patut sudah boleh berkira-kira untuk berundur kerana melihat kepada jumlah perwakilan sedia ada dimana Melayu tidak beberapa orang, tidak mungkin Zulkifli boleh menang dalam pemilihan semula CEC yang akan datang kalau inilah sikap yang ditunjukkannya.
No comments:
Post a Comment