Tanpa disedari ramai orang, blog ini adalah yang pertama menyarankan agar pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat meluangkan masa untuk menghadiri majlis penghormatan terakhir untuk arwah Chin Peng, pejuang negara yang meninggal dunia di Thailand minggu sudah.
Artikel tersebut boleh dirujuk disini.
Dan ternyata cadangan itu mendapat perhatian pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang di atas, bila masing-masing menghantar wakil untuk menghadiri majlis penghormatan terakhir tersebut minggu sudah.
Lim Kit Siang dan DAP diwakili oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR oleh Naib Presidennya, Tien Chua.
Tahniah dan syabas aku ucapkan dan terima kasih kerana mendengar rintihan hati rakyat.
Jeff Ooi Mengucapkan Selamat Jalan Kepada arwah Chin Peng |
Walaupun begitu, ramai masih tertanya-tanya bila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menghantar wakil untuk menghadiri majlis penghormatan terakhir untuk arwah?
Aku tak nampak sebarang masalah kenapa PAS tidak boleh nak menghantar wakil kerana Kelantan (negeri yang ditadbir PAS), terletak tidak jauh dari sempadan Thailand, apa susah sangat ke nak menjengok?
Kalau ada masanya yang paling sesuai untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bersatu sebagai sebuah komponen politik bagi menyaingi BN, aku percaya inilah masanya yang sesuai.
Biarlah apa orang nak kata tentang perjuangan komunis ini, yang penting itu semua hanya dakyah dan sandiwara UMNO semata-mata dan PAS perlu memperkukuhkan tanggapan itu dengan menghantar wakil ke majlis menghormati jenazah Chin Peng.
'Pengganas' Yang Sebenarnya - Wanita Kampung Yang Dilatih Menggunakan Senjata |
Seorang rakan memaklumkan kepada aku yang PAS keberatan untuk menyatakan secara terang sokongan terhadap perjuangan komunis ini kerana komunis tidak mengiktiraf agama, termasuk Islam yang menjadi teras perjuangan PAS dulu.
Antara Propaganda UMNO Mengenai 'Keganasan' Komunis |
Soal ini (agama) tidak patut dijadikan alasan kerana fahaman yang menolak agama itu adalah d\fahaman komunis yang dulu, komunis sekarang semuanya mengiktiraf agama. Lihat saja di China dan mana-mana negara komunis yang lain dimana agama sudah mula mendapat tempat.
Termasuklah negara komunis paling ortodoks yang masih tinggal di dunia, Korea Utara.
Maka itu, tidak ada alasan laigi kenapa PAS tidak boleh nak menghantar wakil. Pakatan Rakyat ada persoalan yang lebih besar dari isu agama iaitu persepakatan dalam Pakatan Rakyat yang semakin dipersoalkan orang kebelakangan ini.
No comments:
Post a Comment