Kalau tak dicakapkan pun, semua orang tahu yang isu berkaitan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan datang ini, memang satu isu besar yang menjadi nanah dalam parti paling dominan dalam Pakatan Rakyat.
Tapi tidaklah sampai nak menyuruh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengangkat sumpah di gereja bagi membuktikan pemilihan CEC Disember lepas, tidak ada penyelewengan!! Apa jenis cadangan macam itu?
Setahu akulah, mana pernah wujud sumpah-sumpah ni dalam agama Kristian, kalau dalam agama Islam tu lainlah. Bukti saintifik ke apa ke, semuanya boleh tolak tepi asalkan saja yang kena tuduh itu berani untuk bersumpah.
Itu amalan bodoh, sebab itu orang dan negara Islam tidak maju sampai sekarang. Dok sibuk bersumpah sana, bersumpah sini, apa kerja pun tak jalan.
Sepatutnya, orang yang buat tuduhan pemilihan CEC yang lepas tu ada penyelewengan tu yang angkat sumpah untuk membuktikan bahawa dakwaan wujud penyelewengan tu ada merit, bukan Guan Eng.
Memang dia Setiausaha Agung DAP sewaktu pemilihan tersebut diadakan, tapi bukan dia yang kendalikan pemilihan tersebut. Masalah ini berlaku sebab ramai keliru antara fungsi Setiausaha Agung DAP dengan Setiausaha Agung UMNO, PAS, PKR dan sebagainya.
Dalam UMNO, PKR dan PAS memang Setiausaha Agung yang kendalikan pemilihan parti tapi dalam DAP, fungsi jawatan Setiausaha Agung, sama macam Presiden parti-parti politik yang lain, cuma jawatan itu tidak diberikan nama Presiden saja.
Oleh yang demikian, tak sepatutnyalah semua masalah berkaitan dengan pemilihan tersebut dibebankan kepada Guan Eng seorang untuk memikul bebannya, angkat sumpah dan sebagainya. Pemilihan itu melibatkan banyak pihak dan tidak semata-mata Guan Eng.
No comments:
Post a Comment