Mungkin ada yang pertama kali dengar tentang laporan Comango ini. Ia adalah singkatan kepada Gabungan NGO Malaysia bagi Proses Semakan Hak Asasi Manusia Sejagat, satu usaha yang digerakkan Pakatan Rakyat untuk menuntut kebebasan hak asasi manusia yang lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Laporan ini kemudiannya akan dihantar kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) untuk Semakan Berpenggal Sejagat (UPR). Bila dah diluluskan nanti, Malaysia tidak ada pilihan lain selain menerima pakai semua cadangan dalam laporan tersebut.
Dari apa yang aku dimaklumkan, laporan ini menyentuh semua aspek hak asasi manusia yang gagal dilaksanakan dinegara ini, termasuklah tentang memberi kebebasan untuk rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup LGBT dan hak untuk hidup seperti pasangan normal yang lain.
Bukan rahsia Pakatan Rakyat memang sentiasa menyokong konsep LGBT ini seperti mana yang telah lama diamalkan oleh negara-negara barat. Bahkan negara serantau seperti Indonesia dan Singapura pun sudah lama bersedia untuk lebih terbuka dalam soal ini, berbanding Malaysia yang masih di takuk lama.
Seakan ada dogma bodoh di kalangan pemimpin-pemimpin BN hari ini bahawa dengan menerima konsep LGBT ini, ia bermaksud menggalakkan perlakuan seks sejenis yang hanya dilarang di dalam agama Islam itu. Macamlah 100% rakyat Malaysia ini beragama Islam pula lagaknya.
Yang lebih ramai tidak tahu, pengiktirafan ini adalah untuk mereka yang memang lahir dengan kelainan dari segi seksual dimana kecenderungan itu bukan pada jantina berlawanan, tapi jantina yang sama.
Prinsip asasnya, orang yang lahir dengan kecenderungan sebegini (atau mengalami perubahan setelah dewasa), tidak sepatutnya dihukum, tapi perlu dilindungi dan diberikan hak seperti mana manusia biasa yang lain.
Dimana timbul persoalan menggalakkan hubungan sejenis kalau mereka memang telah lahir dengan kecenderungan itu?
Maka itu Pakatan Rakyat melihat, Malaysia tidak mempunyai pilihan lain, selain menerima cadangan dalam laporan Comango ini, kerana hampir pasti dalam proses UPR yang akan bermula Oktober nanti, PBB akan memihak kepada Pakatan Rakyat.
Jika berdegil, Malaysia akan menghadapi risiko sekatan ekonomi, malah campur tangan ketenteraan dari Majlis Keselamatan PBB.
Adakah wajar rakyat Malaysia dihukum kerana kedegilan dan kesempitan akal pemimpin-pemimpin BN? Sudah tentu tidak.
No comments:
Post a Comment