Cadangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh semalam yang mahu Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran gara-gara amalan Syiah yang diamalkan negara tersebut, adalah satu cadangan tidak cerdik (bodohlah senang cakap).
Ini ibarat nak bunuh nyamuk, dibakarkan kelambu. Kalau nak mengatasi masalah syiah di Malaysia pun, tak perlulah sampai memutuskan hubungan diplomatik dengan negara lain.
Lagipun setakat ini tidak ada bukti yang menunjukkan kerajaan Iran menggalak dan menaja perkembangan syiah di negara ini sehingga mereka nak dipersalahkan kerana peningkatan pengaruh Syiah di Malaysia.
Walaupun begitu, Pakatan Rakyat memandang ini sebagai satu kenyataan serius yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia diperingkat antarabangsa, terutama di kalangan negara-negara Arab.
Kita perlu ingat, Iran bukan satu-satunya negara Islam yang mengamalkan Syiah. Iraq, Pakistan dan Syria adalah antara beberapa negara lain yang turut mengamalkan syiah secara kerjasama dalam membentuk kerajaan atau sepenuhnya dikuasai puak syiah.
Malah pergerakkan Hamas di Palestin yang disokong kerajaan Malaysia, turut berfahaman syiah.
Adakah kita perlu memutuskan hubungan dengan kesemua negara terbabit kalau cadangan Mufti Wilayah Persekutuan ini diambil serius oleh kerajaan?
Pakatan Rakyat, terutama PAS perlu mendesak kerajaan agar memecat Wan Zahidi atas kenyataan kurang cerdiknya ini. Aku yakin pada saat artikel ini ditulis, kedutaan Iran disini telah sedia maklum dan akan menghantar bantahan diplomatik kepada kerajaan Malaysia.
Ini semua menjejaskan reputasi negara di peringkat antarabangsa. Walaupun Iran bukanlah negara yang boleh dianggap baik tapi dari satu segi yang lain, peranan Iran dalam pertubuhan negara Islam (OIC) dan segala kerjasama yang boleh dikaitkan dengannya, adalah sangat penting kepada negara kita.
Dalam masa yang sama kita jangan lupa, Iran adalah antara negara pengeluar minyak terbesar dunia selain Arab Saudi, Venezuela dan lain-lain. Jika sesuatu berlaku kepada pengeluaran minyak Saudi, apakah alteernatif lain yang kita ada, kalau bukan mendapatkan bekalan dari Iran?
Jadi, pemecatan Wan Zahidi ini kalau nak dikirakan adalah satu tindakan kecil yang boleh dilakukan kerajaan Malaysia bagi menyelamatkan hubungan baiknya dengan Iran,
No comments:
Post a Comment