Sebenar-benar cerita, aku tidak dibolehkan untuk menyentuh
tubuh badan Muhyiddin Yassin sebab dialah satu-satunya harapan untuk mencabar
Najib Tun Razak di kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang.
Kata orang, biarlah tak memuji, asal saja jangan mengutuk.
Tapi persetankanlah dengan semua itu sebab pada aku,
kajiselidik yang menyebut 2/3 guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah
tidak layak untuk mengajar matapelajaran tersebut, adalah satu pendedahan yang
mengejutkan seluruh negara.
Implikasinya pulak besar sebab ia melibatkan jumlah guru dan
murid-murid yang ramai. 2/3 bukan sikit,
hampir nak semua tak layak mengajar!! Bodohlah Pakatan Rakyat kalau melepaskan Mahyuddin begitu saja.
Lawan Najib tak lawan Najib. Macamlah kalau Muhyiddin jadi PM besok Pakatan Rakyat akan berhenti serang dia, serang juga sebab hasrat kita nak Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM, bukan sesiapa yang lain.
Lawan Najib tak lawan Najib. Macamlah kalau Muhyiddin jadi PM besok Pakatan Rakyat akan berhenti serang dia, serang juga sebab hasrat kita nak Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM, bukan sesiapa yang lain.
Baiklah, padanlah budak-budak sekolah hari ini liat sangat nak
bercakap English, rupanya guru-guru yang mengajar tu tidak layak!! Apa halnya yang sedang berlaku ni?
Sudahlah tu, tindakan susulan Kementerian Pendidikan untuk
mengatasi masalah ini sangat begitu ekstrem sekali – nak menghantar guru-guru
yang tidak kompeten ini ke Amerika Syarikat untuk meningkatkan penguasaan dalam
bahasa English.
Wah..banyak betul duit kerajaan nak menghantar semua
guru-guru ini ke Amerika Syarikat.
Berapa ramai yang terlibat dan apakah dalam negara ini sudah kekurangan
tenaga mahir untuk mengajar guru-guru berkenaan sehingga nak dihantar jauh ke
US nun?
Dahlah tak kompeten, dapat ‘hadiah’ melancung pulak lagi.
Bagaimanapun, itu isu lainlah, isunya sekarang, bagaimana
Kementerian Pendidikan boleh meletakkan guru yang tidak kompeten untuk mengajar
English di sekolah?
Bukankah ketika
pengenalan PPSMI dulu, katanya majoriti guru-guru di negara ini telah
dilengkapkan dengan ilmu yang sewajarnya untuk mengajar Sains dan Matematik
dalam bahasa English?
Rupa-rupanya, guru yang yang mengajar English pun tidak
kompeten juga? Malas aku nak personal tahap
kompetensi guru-guru Sains dan Matematik itu lagi, nanti mahu bongkok leher
Muhyiddin nak menjawab.
Sebetulnya ini satu kerugian kepada negara kerana wang yang
banyak telah dihabiskan kerajaan untuk mempersiapkan guru-guru ini, tapi entah
dimana silapnya, mereka masih lagi tidak berupaya mendidik para pelajar untuk
menguasai English dengan baik.
Muhyiddin macam mana pun tidak boleh lepas tangan dan perlu
bertanggungjawab atas masalah ini – melainkanlah kalau dia ada penjelasan
tersendiri bagaimana masalah ini boleh berlaku.
Ada sumber dari Kementerian Pendidikan mengatakan, guru-guru
ini sendiri yang silap kerana tidak meningkatkan penguasaan English
masing-masing, walaupun telah dihantar untuk menghadiri pelbagai kursus.
Ini bahaya sikit sebab aku nak mengusik cikgu-cikgu ini pun
tak boleh. Maklumlah, mereka adalah
kelompok kakitangan awam yang paling ramai menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13
yang lepas.
Bukan setakat itu, peranan yang dimainkan mereka sebagai
kakitangan sementara SPR, telah banyak membantu Pakatan Rakyat menang, atau
paling tidak meningkatkan jumlah undi Pakatan Rakyat di beberapa kawasan DUN
dan Parlimen.
Justeru, adalah lebih baik semua tanggungjawab ini
dibebankan kepada Muhyiddin seorang sebagai Menteri bertanggungjawab, takkan
nak salahkan Idris Jusuh, dia baru saja jadi Menteri Pendidikan II lepas PRU13
dulu.
Aku suka nak ingatkan, ini adalah kesilapan kedua terbesar Muhyiddin sepanjang jadi Menteri. Semasa jadi Menteri Pertanian, Muhyiddin lupa nak tanam padi, masa jadi Menteri Pendidikan, Muhyiddin lupa nak latih guru mengajar matapelajaran English supaya kompeten dalam bahasa English.
Aku suka nak ingatkan, ini adalah kesilapan kedua terbesar Muhyiddin sepanjang jadi Menteri. Semasa jadi Menteri Pertanian, Muhyiddin lupa nak tanam padi, masa jadi Menteri Pendidikan, Muhyiddin lupa nak latih guru mengajar matapelajaran English supaya kompeten dalam bahasa English.
Lawak, lawak.
No comments:
Post a Comment