Mengikut kawan-kawan yang mendengar prosiding Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja ini semalam, ada harapan cerah Mahkamah akan menolak rayuan yang dikemukakan kerajaan Malaysia berhubung perkara tersebut.
Ini adalah berdasarkan bukti-bukti kukuh yang dikemukakan pihak Gereja semalam yang dilihat mengatasi hujah yang dikemukakan peguam kerajaan Malaysia. Antaranya, bukti sejarah yang menunjukkan kalimah Allah ini telah digunakan dalam Bible bahasa Indonesia di Sabah dan Sarawak sejak berkurun dulu sehingga sekarang.
Berita macam ini sudah tentulah menggembirakan semua pihak dalam Pakatan Rakyat. Sekurang-kurangnya, ia memberi satu kemenangan moral kepada kita yang selama ini begitu bersungguh-sungguh mempertahankan penganut Kristian perlu dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah.
Walaupun belum muktamad lagi, tapi berdasarkan pemerhatian aku dalam beberapa kes di Mahkamah Rayuan sebelum ini, mood yang ditunjukkan oleh para hakim ini memberi petunjuk jelas bahawa pihak gereja akan menang juga bila Mahkamah menyampaikan keputusannya pada Oktober nanti.
Khabarnya menggelupur juga peguam kerajaan Malaysia nak mematahkan hujah tersebut, sehingga ada yang persoalkan bahasa Indonesia tidak sama dengan bahasa Malaysia.
Apa bodoh punya pembelaan macam ini? Bahasa Malaysia sudah tentulah sama dengan bahasa Indonesia, sama juga bahasa Melayu Singapura sama dengan bahasa Melayu disini.
Berbeza sana sikiti, sini sikit itu biasalah. Kalau nak diikutkan, Melayu Kelantan dengan Melayu Melaka pun tak cakap sama bahasa. Ambil contoh perkataan samseng, orang Melaka memang panggil samseng, orang Kelantan panggil gedebe.
Tapi adakah Kelantan bukan Melayu sebab perkataan gedebe tidak ada dalam kamus? Itulah yang aku katakan pemikiran bodoh didikan UMNO.
Taliban UMNO/Perkasa |
Cuma harapan aku, peguam mewakili Gereja perlulah bersedia dari sekarang dengan hujah untuk memastikan sebaik sahaja Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepada kita nanti, tidak ada lagi penangguhan oleh pihak kerajaan, kononnya sementara menanti rayuan di Mahkamah Persekutuan. |
Proses itu akan memakan masa bertahun dan perkembangan agama Kristian di negara ini boleh tersekat dengan penangguhan tersebut. Lagipun kita bimbang UMNO akan menggunakan peluang dari penangguhan ini untuk menyusun para hakim yang pro mereka bila kes di dengar di Mahkamah Persekutuan nanti.
Sudah tentu Pakatan Rakyat tidak boleh membenarkan perkara tersebut berlaku sama sekali kerana penganut Kristian telah membuktikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang lepas.
No comments:
Post a Comment