Thursday, September 12, 2013

Kesilapan Logo: PDRM Patut Berterima Kasih Pada RTM

Pakatan Rakyat tidak nampak sebab kenapa banyak pihak perlu marah dengan 'kreativiti' seorang kakitangan Radio & TV Malaysia (RTM) yang secara (atau mungkin) tidak sengaja mengubah logo PDRM kelmarin.

Bagi aku sendiri, PDRM patutnya bangga sebab diangkat menjadi 'raja' di Malaysia oleh RTM, bukan nak melatah tak tentu sebab atau menuduh kakitangan yang terlibat sebagai penyokong Pakatan Rakyat.

Itu pun satu masalah juga (mengaitkan dengan Pakatan Rakyat).

Asal sabotaj, Pakatan Rakyat terlibat, seolah-olah semua yang jahat di dalam negara ini adalah datang dari Pakatan Rakyat.

Apa susah sangat ke nak percaya bukan semua yang menentang kerajaan hari ini semestinya menjadi penyokong Pakatan Rakyat.  Macam naik harga minyak, semua rakyat tak kira apa fahaman politik bangkit memberontak.

Ingat, kes ini berlaku dalam RTM - antara beberapa agensi kerajaan yang 'dikhususkan' untuk penyokong UMNO tegar sahaja, selain Biro Tatanegara (BTN), KEMAS, JASA dan sebagainya (semuanya berada dibawah Kementerian Komunikasi & Multimedia).

Sesiapa yang ingin menyertai agensi-agensi ini perlu melalui tapisan yang begitu ketat dan tidak setakat itu, di doktrinisasi pula dengan kepercayaan bahawa tidak ada parti lain yang lebih baik untuk memerintah Malaysia, melainkan UMNO dan UMNO semata-mata.

Kalau kakitangan terbabit memang benar penyokong Pakatan Rakyat sekalipun, salah siapa sehingga dia boleh terlepas masuk?  Adakah salah Pakatan Rakyat, sudah tentu tidak.

Jadi kesimpulan aku mudah saja.  

Perkara ini sebetulnya bukan isu, tapi lebih kepada cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari pelbagai 'jenayah' yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat kebelakangan ini.  

Termasuklah diantaranya kenaikan harga minyak dan kajian terbaru oleh Kementerian Pendidikan sendiri yang menunjukkan 2/3 guru mengajar English, tidak layak untuk mengajar matapelajaran tersebut.  

Kalau mengalihkan perhatian rakyat dari isu kenaikan harga minyak boleh menyelamatkan Najib, mengalihkan perhatian rakyat dari isu guru BI tidak layak pula boleh menyelamatkan timbalannya, Muhyiddin.

Dalam kata mudah, satu batu, bunuh 2 burung sekaligus, apa yang lebih baik dari itu?

Silap-silap yang buat logo itu pun RTM, yang siar RTM, yang perasan orang RTM sendiri dan kemudian minta maaf pun, RTM juga.

Ingat, kita sedang cakap tentang RTM, stesen TV milik kerajaan yang tidak ada orang nak tengok.  Kalau dah tengok pun tidak ada orang, bagaimana pulak ada orang yang boleh perasan kesilapan pada logo PDRM yang begitu sukar dilihat macam itu?

No comments: