Thursday, September 12, 2013

Pemerkasaan Ekonomi Bumputera, Ancaman Kepada Peniaga Cina

Sebelum ini aku telah menulis tentang rancangan pentadbiran Najib untuk memberi peruntukkan besar kepada komuniti perniagaan bumiputera melalui satu pengumuman pada 14hb nanti.

Masa itu nampaknya telah sampai dan lebih banyak maklumat mengenainya sudah pun diterima Pakatan Rakyat.

Program yang dikenali sebagai "Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera" itu akan dilancarkan di Shah Alam Sabtu ini, dengan nilai  peruntukan sebanyak RM 4.2 billion. Selain itu, khabarnya, Najib juga akan mengumumkan kelonggaran dalam memperolehi kontrak, peluang pinjaman yang lebih panjang untuk syarikat bumiputera dan sebagainya.

Semua ini memang telah dijangka, memandangkan Najib 'berhutang' kepada orang Melayu dan bumiputera yang memberikan kemenangan kepadanya dalam PRU13 yang lepas disebalik kebangkitan mendadak Pakatan Rakyat.  

Walaupun hanya kemenangan tipis, tapi cukuplah untuk mempertahankan kerajaan Najib di Putrajaya sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagi.  Tempoh itu memang panjang, banyak yang boleh 'diselesaikan'.

Tapi yang mungkin kita tidak jangka ialah, kenapa peruntukkan sebegitu besar dikhususkan kepada orang Melayu/bumiputera sahaja?  

Betullah komuniti itu yang memastikan Najib kekal Perdana Menteri dalam PRU13, tapi masa  berpolitik sudah habis, dan sekarang masa untuk berkhidmat kepada semua rakyat - tanpa mengambil kira latar belakang politik.

Pakatan Rakyat perlu tegaskan disini, sementara ramai peniaga cina menghadapi masalah serius sebaik PRU13 berakhir kerana kontrak ditamatkan atau tidak dilanjutkan seperti mana sepatutnya, Najib tidak seharusnya memperuntukkan nilai wang yang banyak untuk kaum bumiputera sahaja.

Lebih memeritkan, peniaga cina juga menghadapi masalah selepas syarikat bumiputera yang menjadi kontraktor utama, tidak lagi dibenarkan melantik syarikat cina sebagai sub kontraktor (melainkan dengan kebenaran kerajaan) atau berhadapan kemungkinan kontrak tersebut di tarik balik.

Ia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga untuk komuniti perniagaan cina, dan pada ketika itulah juga berbilion-bilion ringgit diberikan Najib untuk orang Melayu, ini tidak betul sama sekali.

Apa sudah jadi dengan hasil kerajaan dari sumber yang tidak boleh digunakan orang Melayu seperti judi dan sebagainya, kenapa ia tidak digunakan untuk meningkatkan ekonomi kaum cina dan lain-lain kaum bukan bumiputera di Malaysia?

Inikah yang dikatakan balas dendam pentadbiran Najib atas keputusan orang cina tidak mengundi kerajaan dalam PRU13 yang lepas?

Nampak jelas disitu, Najib tidak memenuhi janji untuk berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia seperti mana dalam ucapan pertamanya selepas BN diumumkan sebagai pemenang dalam PRU13 yang lepas.

3 negeri yang diperintah Pakatan Rakyat tidak mampu menyediakan peluang yang banyak untuk para peniaga cina walaupun semua kontrak kerajaan negeri yang ada diserahkan kepada komuniti tersebut, itu pun kalau boleh.

Pakatan Rakyat dengan ini membantah pelan tersebut dan akan mencari jalan terbaik supaya ia tidak berjaya dilaksanakan.

1 comment:

Matahari said...

Ko ni melayu ke apa? Org cina tu dah kaya lg bertambah kaya lah sengal