Friday, September 13, 2013

Polis Perlu Tangkap Segera Orang Yang Ugut Bunuh Guan Eng

Kita perlu akui Malaysia masih belum selamat dari jenayah-jenayah berat walaupun secara keseluruhan rakyat masih boleh bergerak bebas.  Insiden pembunuhan jalanan masih menghantui rakyat Malaysia walaupun kes berkaitan dengannya semakin menurun sejak kebelakangan ini.

Justeru, ugutan bunuh yang diterima Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui laman Twitter tempoh hari tidak boleh dianggap remeh oleh pihak berkuasa negara, walaupun Guan Eng tidak akan membuat laporan polis lanjutan dari ugutan tersebut.

Nak buat laporan polis atau tidak adalah pilihan, keutamaan sekarang ialah keselamatan Guan Eng perlu diberi perhatian serius oleh pihak polis.  Sebagai pemimpin dari parti yang mendapat undi popular dalam PRU13 yang lepas, keselamatan Guan Eng perlu diberi keutamaan tertinggi.

Malah tak keterlaluan kalau aku katakan, berdasarkan situasi semasa, keselamatan Guan Eng sangat penting berbanding Najib - sekurang-kurangnya Najib tidak diugut bunuh oleh sesiapa (atau belum lagi).

Pada saat ini, sepatutnya pengawal pengiring Guan Eng sudah ditambah, bukan dari Unit Tindakan Khas (UTK) seperti mana biasa tapi dari unit komando tentera seperti PASKAL, GGK dan sebagainya.  UTK nak tembak samseng India bolehlah.

Tinjauan yang aku buat di blog-blog penyokong UMNO, hampir kesemuannya memperlekehkan ugutan bunuh yang diterima Guan Eng.  Kononnya seakan sudah menjadi lumrah kalau pemimpin DAP ada masalaah, pasti ada ugutan bunuh, terima peluru dan sebagainya.

Dalam kes Guan Eng, beliau baru-baru ini dikritik hebat kerana dituduh memburukkan negara di luar negara dalam satu misi perdangangan ke Hong Kong, walaupun beliau telah menafikannya.

Pendek kata, UMNO cuba nak mengatakan ugutan tersebut hanyalah sandiwara semata-mata, bukan benar-benar berlaku.  Mungkin ada sangat yang nak tengok sesuatu terjadi kepada Guan Eng baru nak mengambil serius ugutan tersebut.

Tapi kalau itu sudah berlaku, apa gunanya lagi.

No comments: