Saturday, September 14, 2013

Himpunan Rasis Di Shah Alam


Kalau diikutkan pada masa, aku memang malas nak melayan arahan supaya membuat liputan di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di UiTM Shah Alam.

Tapi sebab khabarnya ada banyak perkara menarik berkaitan rasisme akan dikupas dan dirungkai dalam majlis tersebut, maka aku dan rakan-rakan yang lain gagahkan jugaklah untuk hadir ke majlis tersebut, apatah lagi khabarnya ada makanan disediakan.

Baiklah, mula-mula jejak kaki di 'Universiti Melayu' ini, aku fikir sudah masuk salah tempat sebab tak padan dengan majlis yang diwar-warkan begitu hebat ini, jumlah yang datang tidak seramai mana, atau yang sepatutnya untuk majlis yang dihadiri seorang yang bergelar Perdana Menteri .

Dengan jumlah kerusi yang masih banyak kosong (walaupun jam sudah hampir 10.00 pagi), tidak hairanlah kenapa Najib juga lewat sampai ke majlis tersebut walaupun dikhabarkan dia akan tiba pada pukul 9.45 pagi.

Kehadiran Yang Sedikit
Mungkin malu agaknya.

Sudahlah kehadiran suram, penyampaian dan kertas kerja yang dibentangkan juga tidak banyak membantu menahan kelopak mata dari tertutup.  Isinya entah apa-apa, dan lebih banyak berkisar kepada sejarah dan pengalaman penyampai sahaja.

Seolah-olah yang 2 panel yang dipanggil untuk membentangkan kertas kerja ini ialah mereka yang pendapatnya tentang ekonomi Melayu telah ditolak kerajaan.

Dari mula sampai sudah, aku asyik dengar, "saya dah kata dulu", "saya pernah cadangkan, tapi.." dan sebagainya diucapkan oleh pembentang kertas kerja.

Cuba bagi tau aku, macam ini punya keadaan, siapa yang tak menguap? 

Apa pun keadaan ini memang sudah dijangka sebab bercakap tentang agenda Melayu ini, majoriti orang Melayu pun sudah tidak mahu nak mendengar, boring dan memualkan.

Najib taburlah berapa banyak wang sekali pun atas nama memperkasakan ekonomi Melayu, tetap yang akan dapat keuntungan dan kelebihan ialah kroni-kroni Najib dan UMNO sendiri.  Melayu masih Melayu, tapi kalangan dia sahajalah.

Sementara majoriti besar Melayu yang lain, melopong dan gigit jari.

Buat masa ini aku masih menanti Najib sampai dan apa perkembangan lanjut mengenai program yang membosankan ini akan diteruskan dari situ.

1 comment:

Yong said...

Salam,

Takpele. Datang tengok amendenyer...Nanti citer lagi yerk? Yong tak pergi sebab ada kenduri...