Heboh dah di kalangan orang-orang politik hari ini yang menyebut PKR akan mengadakan kerjasama dengan BN dalam satu projek yang dipanggil "BN+1".
Menariknya, soal bekerjasama ini muncul sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan sempena hari Kemerdekaan negara yang ke 56, mengutarakan cadangan untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan BN.
Selain itu, keengganan Anwar mengulas tentang kenaikan harga minyak baru-baru ini, ditafsir orang sebagai tindakan berlembut Anwar terhadap Najib dalam merintis jalan damai.
Beberapa pimpinan PKR pula telah membayangkan bagaimana Najib telah beberapa kali menghantar wakil menemui Anwar bagi membincangkan tentang pelbagai bentuk kerjasama, walaupun tak sampai ke tahap mengadakan kerajaan perpaduan.
Aku boleh katakan begini sajalah, melainkan kenyataan yang mengatakan orang-orang Najib menemui Anwar, cerita yang lain tu semuanya adalah cerita karut dan sesiapa yang percaya adalah sebenar-benarnya bodoh.
Benar Pakatan Rakyat pihak yang kalah (dari segi teknikal) dalam PRU yang lepas, tapi kita masih menang dari segi undi popular. Adakah masuk akal, Anwar yang menang (undi popular), masuk UMNO untuk membentuk kerjasama dengan BN?
Ini sudah tentu tidak logik sama sekali, lainlah kalau Najib yang menyertai PKR, itu baru masuk akal sebab Najib hakikatnya tewas.
Justeru, hentikanlah semua spekulasi tidak berfaedah seperti ini dan sibukkan lah diri untuk mempersiapkan parti bagi menghadapi PRU14 yang akan datang
PKR tidak mungkin menyertai BN walau apa pun terjadi kerana kita menang, bukan kalah (undi popular). Orang yang tidak sedar diri sahaja yang mengatakan kita dipihak yang kalah, hakikatnya kita masih menang (undi popular).
Anwar bukan bodoh nak mengambil langkah yang hanya memudaratkan rakyat di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment