Entah apalah yang tak kena dengan kepala otak Presiden Perkasa si Ibrahim Ali apabila mempertikaikan mesyuarat Exco kerajaan Negeri Selangor yang diadakan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Pertama, siapa lu Ibrahim Ali nak persoal keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat? Selangor negeri kita, suka hatilah kita nak bermesyuarat di mana, lu apa peduli?
Lu bukan rakyat Selangor pun, bukan ADUN pun (bertanding parlimen pun kalah), lagi nak banyak cakap? Duduk diam-diam kipas Najib sudahlah.
Kedua, mesyuarat di luar negeri ini adalah satu pembaharuan, bukan pembaziran. Faham ke apa yag dikatakan pembaharuan? Kalau bahasa orang UMNO hari ini, pembaharuan ini sama maksud dengan Transformasi.
Takkanlah sebab Pakatan Rakyat menyahut seruan Najib untuk mengadakan transformasi pun Ibrahim Ali nak marah? Reformasi dah tentulah marah, transformasi pun marah jugak? Apa masalah sebenarnya Ibrahim Ali ni?
Lagipun, sesesekali meluaskan pandangan melihat tempat orang, apa salahnya pula?
Selangor ini semua orang tahu negeri yang kaya raya. Rizab kerajaan negeri sahaja sudah mencecah RM 2 billion, antara yang tertinggi di Malaysia (dibelakang negeri-negeri yang ada sumber minyak).
Berapa sangatlah belanja nak mengadakan mesyuarat Exco di luar negara sekali sekala. Lagipun kebetulan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sedang mengadakan retreat di Thailand, semua Exco kerajaan negeri pun terlibat sama, apa salahnya mengadakan mesyuarat Exco terus?
Tidaklah menggangu urusan pentadbiran kerajaan walaupun pemimpin sedang mengadakan retreat.
Perbelanjaan tambahan pun hanya untuk membawa Setiausaha Kerajaan Negeri ke situ. Berapa sangat tambang ke Bangkok, bukan Paris atau London?
Senang kata, isu ini sebetulnya bukanlah satu isu yang besar mana pun. Tidak bankrap atau menyusut kewangan negeri kalau setakat mengadakan mesyuarat Exco di luar negara sekali sekala, malah aku boleh sahkan disini, tak luak mana pun duit kerajaan.
Ibrahim Ali jaga tepi kain sendiri sudahlah.
No comments:
Post a Comment