Thursday, September 19, 2013

Wujudkan Makam Pahlawan Di Jirat Cina

Kematian tokoh pejuang kemerdekaan Chin Peng Isnin lepas, rupa-rupanya bukan setakat memberi kesedaran kepada rakyat mengenai jasa dan pengorbanan arwah yang sekian lama dilupakan, bahkan turut mendedahkan kelemahan terbesar di negara kita, terutama dalam soal menghargai pejuang negara bukan Islam yang telah meninggal dunia atau mati ketika bertugas.

Yang aku maksudkan ialah, ketiadaan Makam Pahlawan di jirat Cina.

Satu-satunya Makam Pahlawan sedia ada di negara ini terletak di dalam Masjid Negara di Kuala Lumpur.  Lokasi berkenaan setakat sesuai untuk orang Islam sahajalah, sedangkan orang bukan Islam?

Jadi kerajaan BN perlu menghalusi cadangan untuk mewujudkan sebuah lagi makam Pahlawan di jirat-jirat Cina, melihat kepada keperluan masa depan, dimana masih ada lagi tokoh pejuang komunis yang boleh disemadikan disitu, selain Chin Peng.

Aku dimaklumkan beberapa pemimpin kanan PKM yang berbangsa Cina masih hidup dan menetap di Kampung Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Shkhirin dan Kampung Perdamaian Yaha.

Kesemuanya berada di dalam sempadan Thailand.

Majoriti daripada mereka sedang berada dalam keadaan uzur dan bila sampai waktu untuk mereka meninggalkan dunia ini, dimanakah tempat yang sesuai untuk disemadikan jasad-jasad mereka nanti kalau bukan di jirat Cina?

Itu sahaja menunjukkan kepentingan untuk mewujudkan Makam Pahlawan di jirat Cina ini.  Aku rasa semua jirat Cina sedia ada, bersedia untuk 'mewakafkan' sebahagian kawasan bagi membolehkan Makam Pahlawan bagi pejuang bukan Islam ini disemadikan.

Selain diberikan upacara pengebumian negara yang setaraf dengan jasa dan pengorbanan mereka mempertahankan negara semasa zaman penjajahan dulu.

Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat perlu membawa isu ketiadaan Makam Pahlawan untuk pejuang bukan Islam (terutama yang berbangsa Cina) ini ke tengah, dijadikan perbahasan di Parlimen dan sebagainya.

Kalau ada yang tidak perasan, ini adalah isu besar yang boleh dimanipulasikan Pakatan Rakyat bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan BN bukan setakat meng'apartheid'kan orang Cina yang masih hidup, bila mereka mati, diskriminasi yang sama masih dikenakan ke atas mereka.

Walaupun berstatus pejuang negara.

Aku hairan kenapa perkara ini tidak pernah dibangkitkan selama kewujudan Malaysia ini.  Mungkin tidak ada  yang melihat kepentingan isu ini dan kesannya kepada kesatuan dan perpaduan rakyat negara kita.

No comments: